web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


PM Umum Kabinet Baharu Hari Ini

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Aug 2021 6:18PM

Ismail Sabri Yaakob - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan mengumumkan pembentukan Kabinet baharu pada jam 11 pagi ini.

Pengumuman itu adalah susulan kepada sesi menghadap beliau bersama Yang di-Pertuan Agong di Istana Abdulaziz, Kuantan, Pahang pagi tadi, bagi mempersembahkan senarai anggota berkenaan.

Menurut Pejabat Perdana Menteri, majlis mengangkat sumpah menteri dan timbalan menteri akan berlangsung pada jam 2.30 petang, Isnin depan.

Sebelum ini, spekulasi bertiup kencang bahawa Ismail Sabri akan mengumumkan senarai kabinetnya, petang ini selepas senarai cadangannya mendapat perkenaan Yang di-Pertuan Agong.

Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menerima persembahan senarai anggota jemaah kabinet baru itu semasa sesi menghadap di Istana Abdulaziz di Kuantan, Pahang, pagi tadi.

Pejabat Perdana Menteri juga memaklumkan, liputan pengumuman jtu hanya dibenarkan ke atas media rasmi sahaja. - Getaran, 26 Ogos 2021.

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut