web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Disangka Burung, Pemburu Maut Ditembak Ketika Berehat

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Aug 2021 9:05PM

Senjata yang dirampas pihak polis selepas seorang lelaki maut akibat terkena tembakan ketika keluar berburu di hutan Nanga Dayu, Pakan, semalam.

oleh

Rosli Amit

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SARIKEI - Seorang pemburu lelaki maut selepas terkena tembakan yang dilepaskan, selepas dirinya disangka seekor burung di hutan Nanga Dayu, Pakan, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Julau, Deputi Superintendan (DSP) Andam Sulin berkata, kejadian berlaku apabila mangsa yang dikenali sebagai Nissa ak Jamau, 29, keluar berburu bersama dua lagi rakannya pada jam 2.30 petang.

Menurut beliau, ketiga-tiga mereka duduk berehat sebentar, menghilangkan lelah selepas berjalan kaki lebih dua jam.

"Pada masa sama, suspek yang juga seorang pemburu lain keluar memburu bersendirian sekitar jam 4 petang dari arah Ulu Budu, Saratok.

"Setiba di lokasi, suspek melepaskan tembakan ke arah mangsa, kerana didakwa kelihatan seperti seekor burung," katanya di sini. 

Andam berkata, suspek yang berkejar ke arah mangsa bagaimanapun terkejut apabila mendapati, objek disangkanya seekor burung itu sebenarnya seorang lelaki.

"Suspek meminta maaf kepada dua rakan mangsa, kemudian bergegas balik ke rumah dalam keadaan ketakutan. 

"Mangsa disahkan mati di lokasi kejadian akibat kecederaan parah dialami," katanya.

Andam memberitahu, polis menerima laporan kejadian daripada orang awam pada jam 9.25 malam tadi.

"Siasatan awal mendapati, insiden tersebut berlaku di antara sempadan Rumah Panjang Uding di Ulu Budu, Saratok dan Rumah Panjang Anthony di Sungai Merah, Dayu Pakan.

"Suspek bertindak menyerah diri ke Balai Polis Julau dan ditangkap pada jam 2 pagi," jelasnya.

Andam berkata, mayat mangsa telah dibawa Hospital Sarikei untuk tindakan lanjut. 

"Pemeriksaan awal mendapati terdapat lebih 15 kesan tembakan di belakang badan dan kepala mangsa.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 304A Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya, dan Seksyen 8 Akta Senjata 1960," katanya.

Menurut seksyen itu, suspek boleh dipenjara tidak lebih dari tujuh tahun atau denda tidak melebihi RM10,000 atau kedua-duanya. - Getaran, 26 Ogos 2021
 

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut

Semasa 1 hari yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad