web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


PKP: 4,559 Orang Di Perak Dapat Rawatan Mental Sejak Jan - Jun

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Aug 2021 10:37AM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak hari ini diberitahu, seramai 4,559 individu telah mendaftar dan mendapat rawatan sebagai pesakit mental di klinik kesihatan kerajaan sejak enam bulan pertama tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan Masyarakat Perak Datuk Dr Wan Norashikin Wan Noordin berkata mengikut statistik yang diperoleh daripada Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perak, jumlah itu rendah berbanding kes yang didaftarkan sepanjang tahun lepas iaitu 5,213 kes.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Mohd Azhar Jamaluddin (BN-Changkat Jong) yang ingin tahu statistik individu yang mengalami masalah gangguan mental dan tekanan perasaan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan. 

Wan Norashikin berkata tekanan jiwa, masalah kewangan, penyakit, masalah dadah dan sakit mental antara punca seramai 80 individu membunuh diri hingga Julai lepas.

Menyentuh mengenai langkah pencegahan yang diambil, beliau menegaskan kerajaan negeri telah bekerjasama dengan semua pihak berkepentingan seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Jabatan Pembangunan Wanita (JPW), Jabatan Kesihatan Negeri (JKN), Jabatan Agama Islam Perak (JAIPK) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

Beliau menarik perhatian antara langkah yang telah diambil adalah seperti pelantikan seramai 270 sukarelawan sebagai Skuad Waja Perak yang digerakkan di semua 24 Parlimen bagi memberi latihan dan bimbingan sokongan psikososial kepada pembangunan wanita dan masyarakat.

Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) Perak pula telah menjalankan beberapa program kesedaran secara dalam talian iaitu Wanita Anti Jenayah (WAJA), Destress Clinic dan Legal Clinic untuk tujuan kesedaran umum berkaitan masalah gangguan mental dan tekanan perasaan, katanya. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut

Semasa 1 hari yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad