web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Banjir Di Perak, Mangsa Kini Hanya 50 Orang

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Aug 2021 7:58AM

Beberapa sukarelawan Yayasan Setia Negara dan Sukarelawan Pemuda Negeri sedang membersihkan rumah mangsa banjir pada Program Misi Bantuan Banjir Perak di Kampung Tersusun Batu 6 1/2 di Matang Pasir, semalam. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Jumlah mangsa banjir di daerah Kerian berkurangan kepada 50 orang daripada 17 keluarga malam ini berbanding 160 orang daripada 43 keluarga pagi semalam.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berkata kesemua mangsa kini masih ditempatkan di pusat penempatan sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan (SK) Alor Pongsu setakat 7 malam.

“Sementara itu, sebuah lagi PPS di daerah berkenaan iaitu di SK Changkat Lobak yang menempatkan 110 daripada 26 keluarga ditutup sepenuhnya pada kira-kira 5 petang semalam,” menurutnya dalam satu kenyataan.

Terdahulu, Yayasan Setia Negara, sebuah badan bukan kerajaan, turut turun padang dengan menghantar sukarelawan untuk membantu mangsa terbabit bagi meringankan beban mereka.

Pengerusinya Dr Afif Bahardin, ketika ditemui pada Program Misi Bantuan Banjir di PPS Banjir di SK Changkat Lobak, berkata seramai 60 sukarelawan Yayasan Setia Negara, Sukarelawan Pemuda Negara dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menyertai program membersihkan rumah penduduk di Kampung Tersusun Batu 6 ½ Matang Pasir dekat sini, semalam.

Timbalan Pengerusi Biro Penerangan Bersatu itu berkata pihaknya turut menyumbang barangan keperluan dan pakaian perlindungan diri kepada petugas di PPS untuk memudahkan tugas mereka.

Sementara itu, banjir lapan hari di Mukim Beriah, Alor Pongsu, memberikan kesan buruk seperti kediaman dipenuhi kotoran dan lumpur selain mengakibatkan kerugian termasuk kepada seorang penternak ayam Mohammad Nasir Ismail, 41.  

Beliau berkata 24 ekor ayam kampung dan kacukan Arab bernilai hampir RM1,500 yang diternaknya hilang atau mati dibawa arus deras pada Jumaat lepas. 

"Dalam beberapa jam sahaja, air naik  mendadak dan menenggelamkan reban ayam malah ada juga ayam baka Arab yang mati dimakan ular sawa," katanya yang menjual ternakan itu di Taiping, Kuala Kangsar dan Pulau Pinang. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut

Semasa 1 hari yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad