web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Langgar SOP, 22 Orang Kena Kompaun RM150,000

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Aug 2021 7:38AM

Mior Faridalathrash Wahid - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Seramai 22 individu dikenakan kompaun berjumlah RM150,000 dalam operasi di sebuah pusat hiburan di Bandar Baru Medan di sini kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) di bawah Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata mereka dikompaun kerana melakukan kesalahan mengikut Peraturan 17 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPPB) 2021.

Beliau berkata, menerusi Op Hiburan dan Op COVID-19 yang dijalankan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ipoh pada 1 pagi itu, pemeriksaan dilakukan ke atas 24 individu terdiri daripada 19 lelaki dan lima wanita termasuk dua wanita warga China.

"Hasil ujian saringan air kencing yang dijalankan mendapati 13 individu termasuk seorang wanita warga China positif dadah jenis amfetamina, metamfetamina serta ketamin.

"Siasatan terhadap mereka dijalankan mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 manakala dua wanita warga China itu disiasat di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63," menurutnya dalam satu kenyataan.

Mior Faridalathrash berkata operasi yang dilakukan itu diharap dapat mengurangkan kebimbangan masyarakat terhadap ancaman penagihan dan pengedaran dadah di kawasan setempat serta jangkitan COVID-19.

"Polis memberi peringatan tegas kepada semua pemilik pusat hiburan supaya mematuhi SOP yang ditetapkan kerana aktiviti pusat hiburan masih tidak dibenarkan beroperasi di bawah Fasa Dua PPN di negeri ini," katanya. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut

Semasa 1 hari yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad