web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Ketua Jabatan Perlu Kenal Pasti Penjawat Awam Tidak Daftar Vaksin - Cuepacs

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Aug 2021 3:46PM

Adnan Mat - Gambar dari media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam Malaysia (Cuepacs), menggesa semua ketua jabatan mengenal pasti petugas yang tidak mendaftar atau masih belum menerima suntikan vaksin.

Presidennya Adnan Mat dalam kenyataan hari ini berkata, proses mengenal pasti itu perlu dilakukan segera, bagi membolehkan maklum balas diterima mengenai punca mereka masih belum mendaftar.

Katanya pihaknya mengambil maklum 2.2 peratus penjawat awam masih tidak mendaftar bagi suntikan vaksin COVID-19, namun terlalu awal untuk membuat rumusan golongan itu menolak vaksinasi.

“Terdapat kemungkinan penjawat awam ini belum mendaftar kerana mempunyai alahan, mengandung, atau pun keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan,” menurut kenyataan itu.

Adnan berkata, ketua jabatan perlu mengadakan sesi pertemuan dengan petugas masing-masing, selepas proses mengenal pasti bagi mengetahui dan menyelesaikan permasalahan dihadapi petugas mereka, sekali gus dapat menyampaikan maklumat berkaitan kebaikan vaksin.

Sementara itu, pihaknya juga berharap kerajaan dapat menyegerakan proses vaksinasi bagi individu telah mendaftar termasuk 30,000 penjawat awam, yang masih belum memperoleh tarikh janji temu.

Dalam hal ini, Cuepacs melihat pelaksanaan PPV (pusat pemberian vaksin) bergerak ke premis dan jabatan kerajaan, boleh menyelesaikan proses vaksinasi 30,000 penjawat awam yang belum lagi mendapat janji temu.

“Setiap jabatan mempunyai data kakitangan yang lengkap dan proses ini boleh berjalan dengan lancar sekiranya, proses vaksinasi dilakukan di premis kerajaan, selain dapat mengelakkan kesesakan,” katanya.

Adnan turut menasihati penjawat awam, untuk tidak mengabaikan tanggungjawab mereka menjayakan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), dan seterusnya memastikan persekitaran selamat di jabatan masing-masing.

Jelasnya, keengganan pihak tertentu untuk divaksin hanya akan mendedahkan risiko kepada rakan sekerja, sehingga mewujudkan persekitaran tidak selamat di tempat kerja. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut