web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Arah Syed Saddiq Terjun KLCC, TMJ Cetus Kontroversi Lagi

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Sep 2021 3:48PM

Tunku Ismail Sultan Iskandar dan Syed Saddiq Abdul Rahman - Gambar dari Instragram

oleh

Zaidi Azmi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Abdul Rahman diminta terjun dari Menara KLCC tanpa menggunakan payung terjun jika berhasrat meraih perhatian Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Iskandar.

Kenyataan diberikan melalui Instagram rasmi Baginda itu lantas mendapat perhatian ramai, termasuk orang ramai yang menyifatkan ia sebagai tidak wajar.

Ia timbul setelah Baginda membuka ruang pertanyaan di akaun rasmi Baginda, untuk orang ramai mengajukan apa sahaja soalan dikehendaki.

Susulan kebenaran, seorang netizen meminta Tunku Ismail menyatakan perkara yang perlu dilakukan Syed Saddiq, jika beliau ingin meraih perhatian Baginda. 

“Terjun dari KLCC tanpa ‘parachute’ (paying terjun),” titah Tunku Ismail ringkas, kepada soalan yang diajukan kepadanya di ‘Insta Stories’ semalam.

Status dari Instagram Tunku Ismail Sultan Ibrahim. – Gambar dari Instagram Tunku Ismail Sultan Ibrahim
Status dari Instagram Tunku Ismail Sultan Ibrahim. – Gambar dari Instagram Tunku Ismail Sultan Ibrahim

Buat masa ini Syed Saddiq masih belum mengeluarkan sebarang respon kepada kenyataan Tunku Ismail yang lebih popular dengan gelaran TMJ itu.

Hubungan antara kedua-dua anak jati Johor itu dikatakan mula renggang selepas Syed Saddiq memenangi kerusi Parlimen Muar semasa Pilihan Raya Umum ke-14 pada tahun 2018.

Tunku Ismail juga pernah menuduh Syed Saddiq sebagai seorang ‘drama queen’ selepas bekas Menteri Belia dan Sukan itu meminta sumbangan dana daripada rakyat marhaen bagi membayar kos guamannya. – Getaran, 1 September 2021.

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia