web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Lelaki Rentung Kereta Dipandu Terbabas

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Sep 2021 5:22PM

Anggota Bomba berusaha memadamkan api kereta yang terbakar selepas kemalangan kendiri di Jalan Miri-Airport berhampiran Taman Bukit Awam.

oleh

Rosli Amit

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MIRI - Seorang lelaki rentung selepas kereta dipandunya terbabit dalam kemalangan di Jalan Miri - Airport berhampiran Taman Bukit Awam, di sini, malam tadi.

Ketua Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak, Superintendan Alexson Naga Chabu berkata, nahas terbabit mengakibatkan kenderaan dipandu Tan Kow Tee, 60 itu terbakar, lalu memerangkap mangsa.

Menurut beliau, mangsa yang beralamat di Siang-Siang Garden di sini datang dari arah pusat bandar menuju ke Telang Usan.

“Apabila sampai di kawasan Taman Bukit Awam, kenderaan mangsa disyaki hilang kawalan lalu terbabas ke kanan jalan.

“Honda City itu kemudian merempuh simen pembahagi jalan, lalu melanggar pokok dan terbakar,” katanya kepada Getaran.

Bankai kenderaan yang sudah hangus.
Bankai kenderaan yang sudah hangus.

Alexson berkata, mangsa yang tersepit di  tempat duduk bahagian pemandu gagal menyelamat diri.

“Bomba mengambil masa beberapa minit untuk memadamkan api dan mengeluarkan mangsa dari kenderaan.

“Siasatan awal mendapati punca kemalangan adalah daripada pemandu sendiri yang gagal mengawal kenderaan,” katanya.

Beliau berkata, kenderaan mangsa dibawa ke Balai Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri untuk tindakan lanjut.

“Keterangan saksi yang melihat kejadian juga telah diambil bagi melengkapkan siasatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. - Getaran, 2 September 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Pasukan Perubatan Peribadi Agong Rawat 2 Mangsa Kemalangan

2

Video & Galeri 3 bulan yang lalu

3 Kereta Terbakar Di Parkir Bertingkat Stesen LRT Gombak

3

Video & Galeri 3 bulan yang lalu

Jalan Kampung Tak Payahlah Laju-Laju Bang!

4

Video & Galeri 3 bulan yang lalu

Siapa Yang Bersalah?

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia