web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Cubaan Seludup 8 PATI Gagal, Warga Tempatan Ditahan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 02 Sep 2021 9:11PM

Lori yang digunakan untuk menyeludup PATI yang ditahan di sekatan jalan raya. - Gambar ihsan PDRM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LAHAD DATU - Cubaan seorang lelaki tempatan menyeludup lapan pendatang asing tanpa izin (PATI) ke Kota Kinabalu gagal apabila ditahan di Sekatan Jalan Raya (SJR) Op Benteng di Kilometer 12, Jalan Lahad Datu-Tawau (Borneo Marble), semalam.

Kegiatan pemandu lori berusia 35 tahun itu terbongkar selepas pihak polis melakukan pemeriksaan ke atas lori kontena yang dipandunya ketika melalui SJR tersebut lebih kurang jam 9.40 malam.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner (ACP) Rohan Shah Ahmad berkata, pihak berkuasa menemui seorang wanita dan tujuh lelaki warga Indonesia yang bersembunyi di bahagian kontena lori tersebut.

“Hasil pemeriksaan mendapati, tiga daripada lapan warga asing tersebut tidak memiliki sebarang dokumen keterangan diri yang sah.

“Kesemua warga asing berkenaan dipercayai baru tiba dari negara jiran melalui laluan tikus ke Tawau dan merancang ke Kota Kinabalu untuk mencari pekerjaan,” katanya.

Menurut Rohan, mereka berusia dalam lingkungan 18 hingga 55 tahun dan pemandu lori terbabit dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 26J Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) (Akta 670). - Getaran, 2 September 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia