web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Kempen  ‘Adopt An Animal’ Bantu Tambah Dana Zoo Negara

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Feb 2021 4:53PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Zoo Negara masih meneruskan kempen ‘Adopt An Animal'  yang dilaksanakan sejak tahun lepas menerusi platform e-Dagang termasuk Lazada, Shopee dan Ticket2U bertujuan mengutip sumbangan demi kelansungan haiwan di situ.

Menerusi kempen ‘Adopt An Animal’ itu, pencinta haiwan boleh memberikan sumbangan kepada  zoo dengan memilih 30 jenis haiwan untuk dijadikan sebagai  'haiwan angkat'.

Secara simbolik, ‘Adopt An Animal’ juga memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk turut serta dalam memelihara haiwan terbabit meskipun secara maya sahaja.

Sumbangan berkenaan akan digunakan untuk penjagaan haiwan terbabit termasuk kos makanan dan kesihatan.

Ini kerana selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan mulai Mac tahun lepas, Zoo Negara terpaksa ditutup mengakibatkan ia kehilangan pendapatan.

Ia hanya sempat dibuka beberapa minggu untuk kunjungan ramai pada 18 Disember tahun lalu, sebelum ditutup semula susulan pelaksanaan PKP kedua sejak 13 Januari lalu.

Dalam pada itu, Timbalan Presiden Zoo Negara, Rosly@Rahmat Ahmat Lana yang dipetik dalam Berita Harian sebelum ini memaklumkan bahawa dana yang dimiliki kini semakin menyusut dan hanya mampu bertahan sehingga awal Mei depan.

Katanya, sumbangan orang ramai masih diterima pihaknya, namun diharap ia boleh ditingkatkan kerana kos operasi bulanan mencecah RM1 juta.

"Setakat ini dana yang ada masih dapat menampung operasi lebih 4,000 haiwan di sini dan membayar gaji pekerja selain bayaran lain,'' katanya. - Getaran 20 Februari 2021

Sorotan

1

Projek KIGIP Beri Limpahan Ekonomi, Selesaikan Isu Air Penduduk Sungai Bakap - Joohari

2

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

3

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

4

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

5

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

Fasa Meroboh Stadium Shah Alam Bermula 

oleh Diyana Nawwar

Sukan 1 hari yang lalu

4 Negara Sah Berentap Untuk Pestabola Merdeka 2024

oleh Sophia Ahmad

Sukan 1 hari yang lalu

China Lebur Impian Malaysia Ke Final Kejohanan Badminton Remaja Asia

Semasa 3 jam yang lalu

Muhyiddin Dapat Kebenaran Mahkamah Hadir Majlis Graduasi Cucu Di London