web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Laporan Polis Untuk Diri Sendiri, Bukan Pengaruhi Sesiapa - Anak Artis

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Sep 2021 12:25PM

Azrell Omar dan adik perempuannya, Nur Azreens serta seorang rakan mereka Hanif Haikal membuat laporan polis bagi menolak suntikan vaksin pada 30 Ogos lalu.

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

HULU KLANG - “Saya buat laporan polis untuk menolak suntikan vaksin buat diri sendiri, sama sekali tidak mewakili golongan remaja lain atau mana-mana pihak. 

“Namun, apa yang berlaku sekarang ini, seolah-olah menampakkan saya melakukannya bagi pihak semua remaja,” kata Azrell Omar Iskandar Azri Iskandar, 17. 

Anak sulung kepada pengarah dan pelakon Ellie Suriaty Omar itu menyatakan demikian sewaktu diminta mengulas mengenai laporan polis dibuatnya di Balai Polis Taman Melawati 30 Ogos lalu. 

Laporan polis yang dibuat bersama adiknya, Nur Azreen Omar Iskandar Azri Iskandar, 12, dan seorang rakan, Hanif Haikal Jeffery, 17, itu dilakukan bagi menyuarakan hak mereka untuk menolak suntikan vaksin yang akan dilaksanakan kerajaan terhadap pelajar.

Menurut Azrell lagi, keputusan berkenaan diambil kerana tidak sanggup membenarkan bahan asing vaksin dimasukkan ke dalam tubuhnya.

“Banyak perkara yang tidak dijelaskan dengan lebih telus dan terperinci tentang suntikan ini, sama ada dari isi kandungan atau keberkesanannya, malah tiada laporan khusus tentang kesan penggunaan vaksin tersebut, termasuk yang digunakan di luar negara. 

"Ada juga yang meninggal dunia selepas mengambil imunisasi berkenaan, seperti sepupu kepada rakan saya," katanya.

Azrell mendakwa, remaja terbabit hanya berusia 18 tahun dan meninggal dunia sebaik sahaja melengkapkan kedua-dua dos suntikan terbabit.

Beliau juga mengakui, tidak menyangka tindakannya membuat laporan polis itu mendapat perhatian meluas, kerana ia hanya bermotif peribadi.

“Macam-macam mesej yang saya terima. Ada yang mengutuk. Ada yang kata bagus. Ada juga yang mahu mengundang saya untuk menghadiri acara diskusi secara virtual tentang vaksin. 

“Pening juga saya bila terima macam-macam mesej. Sampai saya terpaksa privasikan ruang komen mesej itu," kata remaja tersebut.

Walaupun berterima kasih atas semua undangan diterima, namun jelas Azrell, bukan itu yang diharapkannya.

“Saya hanya pelajar sekolah dan buat masa ini saya sedang bekerja secara sambilan sementara menanti sekolah dibuka. Saya cuma mahu lindungi diri saya sahaja daripada (dipaksa) menerima vaksin,” katanya. - Getaran, 3 September 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia