web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Logistik Vaksinasi, Semua Pihak Perlu Kerjasama

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Sep 2021 8:20PM

Dr. Jemilah (tengah) bertemu penduduk dalam Program Imunisasi COVID-19 Pulau Mabul, hari ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEMPORNA - Kerjasama semua pihak amat diperlukan bagi mengatasi masalah logistik program vaksinasi COVID-19 di negara ini.

Penasihat Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Tan Sri Dr Jemilah Mahmood berkata, pihaknya tidak menafikan kekangan tersebut menjadi antara cabaran utama khususnya membabitkan negeri yang mempunyai penduduk di kawasan pedalaman.

"Logistik, memanglah bermasalah untuk negeri seperti Sabah yang memiliki banyak kawasan pedalaman.

"Namun, masalah logistik ini boleh diatasi dengan kerjasama semua pihak termasuk agensi kerajaan, swasta, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pertubuhan berkanun dan pasukan keselamatan menerusi perancangan yang baik," katanya ketika ditemui di Program Imunisasi COVID-19 Pulau Mabul, dekat sini, hari ini.

Dr Jemilah sebelum itu meluangkan masa meninjau program pemberian vaksin tunggal CanSino di pulau berkenaan.

Sementara itu, Pengarah Kesihatan Sabah, Dr Rose Nani Mudin berkata, dianggarkan lebih 2,000 penduduk Pulau Mabul akan divaksin dalam program selama dua hari sehingga esok.

"Ini lokasi pertama di Semporna yang menggunakan vaksin dos tunggal CanSino.

"Selepas ini, kami akan bergerak ke lebih 25 pulau lain seperti Omadal, Denawan dan Larapan," katanya.

Tambahnya, Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) turut merancang program yang sama di kawasan pedalaman termasuk Kinabatangan, Nabawan, Keningau dan Sandakan menggunakan lebih 180,000 dos CanSino.

"Pada masa sama, program vaksinasi menggunakan vaksin Pfizer dan Sinovac akan diteruskan dalam usaha mencapai imuniti berkelompok di Sabah," katanya. - Getaran, 3 September 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia