web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Mahkamah Tinggi Arah SPR Laksana Undi18 Menjelang Akhir Tahun ini

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Sep 2021 8:54PM

Gambar fail AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUCHING- Mahkamah Tinggi di sini hari ini memerintahkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan kerajaan melaksanakan Undi18 menjelang 31 Dis tahun ini.

Pesuruhjaya Kehakiman Alexander Siew How Wai membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan semakan kehakiman lima anak muda yang menggesa kerajaan melaksanakan segera pindaan Perlembagaan Persekutuan berkaitan penurunan umur mengundi daripada 21 kepada 18 tahun.

“Mahkamah dengan ini membenarkan perintah mandamus bahawa responden mengambil semua langkah yang diperlukan bagi membolehkan Seksyen 3 (Akta Perlembagaan (Pindaan) 2019) berkuat kuasa secepat mungkin dan dalam apa jua keadaan menjelang 31 Dis 2021,” katanya.

Beliau turut membenarkan permohonan kelima-lima anak muda untuk mendapatkan perintah certiorari bagi membatalkan keputusan responden (Perdana Menteri ketika itu, kerajaaan dan SPR) yang menangguhkan pelaksanaan Seksyen 3 berkenaan selepas September 2022.

Seksyen 3 menyatakan bahawa umur mengundi diturunkan daripada 21 kepada 18 tahun dan membenarkan pendaftaran pengundi secara automatik bagi menggantikan sistem semasa yang menyaksikan rakyat Malaysia perlu memohon untuk mendaftar sebagai pengundi.

Siew berkata mahkamah turut mendapati bahawa adalah tidak masuk akal bermula dari 2019 hingga 10 Mac 2021, responden berulang kali menyatakan bahawa mereka di landasan yang betul untuk melaksanakan Seksyen 3 menjelang Julai 2021 namun  dua minggu kemudian pada bulan sama, mendakwa bahawa pelaksanaannya hanya boleh dilakukan paling awal pada September 2022.

“Mahkamah juga mendapati bahawa sebarang keputusan untuk menangguhkan pelaksanaan Seksyen 3 selepas September 2022 bukan sahaja benar-benar tidak rasional malah tidak sah,” katanya.

Permohonan semakan kehakiman itu telah difailkan oleh kelima-lima anak muda yang berumur lingkungan 18 hingga 21 tahun pada 4 Mei lepas.

Mereka diwakili peguam Simon Siah dan Clarice Chan manakala Peguam Kanan Persekutuan Shamsul Bolhassan dan Azizan Md Arshad mewakili responden. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia