web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Redah Banjir, Myvi Hilang Dibawa Arus

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Sep 2021 8:05AM

Gambar yang menunjukkan detik-detik cemas sebuah Perodua Myvi dihanyutkan arus deras di Jalan Kionsom, Inanam, Kota Kinabalu, semalam.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU - Dua individu dikhuatiri lemas selepas kenderaan Perodua Myvi yang dinaiki mereka hilang dihanyutkan arus deras di Jalan Kionsom, Inanam, di sini, petang semalam.

Dalam kejadian jam 6 petang itu, mangsa dikatakan cuba meredah banjir di lokasi kejadian, sebelum kenderaannya gagal bertahan dan hanyut.

Insiden berkenaan sempat dirakam orang awam yang kebetulan berada di belakang kenderaan terbabit.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian tersebut 6.45 petang semalam.

"Operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilancarkan bagi mengesan dua individu yang hilang berdasarkan maklumat awam.

"Difahamkan seorang daripada mangsa dikenali sebagai Simin Sanga Tupe manakala seorang lagi tidak diketahui identitinya," katanya.

Sehingga jam 10.30 malam, kedua-dua mangsa masih belum berjaya ditemui.

"Sementara itu, orang ramai menemui  mayat seorang lelaki dipercayai meninggal dunia akibat lemas berhampiran Cherry Club Kolombong, jam 8.40 malam tadi.

"Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan jika mayat tersebut mempunyai kaitan dengan kejadian kenderaan hanyut hanyut di Jalan Kionsom atau tidak," katanya.

Hujan lebat yang berlaku sejak Rabu lalu menyebabkan paras air Sungai Padas, Beaufort dan Mengalong, Sipitang naik mendadak sehingga melebihi sembilan meter.

Ekoran cuaca buruk itu, sebanyak 63 buah kampung sekitar Beaufort, Membakut dan Sipitang terjejas akibat banjir, manakala 54 mangsa ditempatkan di dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS). - Getaran, 4 September 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia