web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


PMYT: Siasatan Polis Menjurus Pada Akidah, Ajaran Islam

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Sep 2021 8:31AM

Abd Jalil Hassan - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Siasatan polis berhubung kes ajaran sesat ‘Perjalanan Mimpi Yang Terakhir’ (PYMT) menjurus kepada penularan beberapa rakaman video Masitah Ab Jalar atau dikenali sebagai Sittah Annur di media sosial yang mengandungi kenyataan menyentuh akidah dan ajaran Islam.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata siasatan itu dibuat menerusi akaun Youtube ‘Cahaya Islam dan S’ttah An Nur Perjalanan Mimpi Yang Terakhir (PMYT)’ serta pelbagai platform media sosial sejak beberapa hari lepas.

"Antara kandungan rakaman video yang tular adalah pengakuan wanita itu mendakwa dirinya boleh berhubung terus dengan Allah, malaikat dan Nabi Muhammad.

"Suspek turut mendakwa PMYT diturunkan kepada dirinya sebagai panduan untuk umat yang lain dan sesiapa yang menyakiti atau menghalang dirinya daripada menyampaikan ajaran boleh dicabut nyawa oleh Allah," katanya dalam kenyataan semalam.

Abd Jalil berkata pihaknya dalam usaha mengesan serta mengenal pasti individu-individu lain yang terbabit dalam kes itu bagi melengkapkan siasatan.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan (kesalahan yang menyebabkan suasana tidak harmoni, perpecahan atau permusuhan, benci-membenci atau niat jahat atau memudaratkan pemuliharaan keadaan harmoni atau perpaduan, atas alasan agama) dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (penyalahgunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian, dan lain-lain).

“Polis menasihatkan orang ramai agar cakna dan prihatin terhadap isu-isu yang menyentuh sensitiviti agama dan kaum serta menggesa orang ramai agar menjadi pengguna media sosial yang bijak.

“Tindakan tegas tanpa kompromi bakal diambil terhadap mana-mana individu yang sengaja menggugat ketenteraman serta keselamatan awam,” katanya.

Bernama melaporkan polis selesai mengambil keterangan wanita itu, suami dan pengikut-pengikut rapatnya bagi membantu siasatan berhubung kes itu.

Sebelum ini, tular dalam media sosial seorang wanita dengan gelaran Sittah Annur dikaitkan dengan ajaran sesat PMYT mendakwa kononnya akan berlaku Perang Dunia Ketiga bermula di Sabah dan memimpin pasukannya bagi mencari imam Mahdi untuk melawan musuh.

Wanita terbabit juga mendakwa dirinya mempunyai keistimewaan dan berupaya membuat ramalan berkaitan apa yang akan berlaku pada masa depan. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia