web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


COVID-19, Sarawak Catat 547 Kematian  

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Sep 2021 10:09AM

Petugas Jabatan Kesihatan Sarawak, Bahtiar Sulaiman (kanan) memberi penerangan kepada seorang warga emas untuk mendapatkan borang perintah kuarantin kontak rapat ketika tinjauan di lokasi parkir berhampiran Dewan Masyarakat Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS), baru-baru ini. - Gambar fail Bernama

oleh

Rosli Amit

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUCHING - Sarawak merekodkan sebanyak 124,428 kes positif COVID-19 dengan  jumlah kematian seramai 547 orang setakat ini.

Jurucakap Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) semalam berkata, tujuh lagi kematian akibat COVID-19 direkodkan Sarawak dengan 2,464 kes jangkitan baharu. 

Menurutnya, sebanyak 2,452 atau 99.51 peratus daripada kes baharu itu adalah kategori satu dan dua manakala 12 lagi jangkitan atau 0.49 peratus adalah daripada kategori tiga, empat dan lima.

"Daripada tujuh kes kematian baharu yang dilaporkan, enam daripadanya melibatkan warga tempatan, masing-masing lelaki dan wanita berumur antara 45 hingga 90 tahun. 

"Empat daripada kes kematian ini berasal dari Kuching dan dilaporkan meninggal dunia di Hospital Umum Sarawak," katanya.

Tiga lagi kematian masing-masing melibatkan pesakit berasal dari Tebedu, Lubok Antu serta Tatau yang disahkan meninggal dunia di Hospital Serian, Hospital Sri Aman dan Hospital Bintulu. 

Katanya, Kuching masih merekodkan jangkitan harian tertinggi sebanyak 696 kes diikuti Sibu (309), Serian (229), Samarahan (168), Subis (155), Lundu (142), Bau (120), Sri Aman (112), Bintulu (104), Miri (68), Simunjan (66), Asajaya (57), Lubok Antu (31) dan Betong (31). 

“Lain-lain kes dikesan di Selangau (26), Tatau (25), Kapit (23), Mukah (22), Tebedu (20), Dalat (19), Song (8), Limbang (7), Beluru (6), Lawas (5), Kanowit (5), Marudi (4), Bukit Mabong (2), Matu (2), Pusa (1) dan Sebauh (1),” katanya. 

JPBNS turut memaklumkan, terdapat 2,918 pesakit kembali sembuh dan dibenar discaj, menjadikan jumlah keseluruhan kes pulih kini seramai 96,039 orang atau 77.18 peratus daripada keseluruhan kes positif di negeri ini. 

Sebanyak 27,632 kes masih aktif dan mendapat rawatan serta diasingkan di wad hospital dan Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah COVID-19 (PKRC). - Getaran, 4 September 2021
 

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia