web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Baharui Cukai Jalan, Lesen Memandu Secara 'Walk In' Di Pejabat Pos

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Sep 2021 1:28PM

Orang ramai boleh datang terus ke pejabat Pos untuk memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu, tanpa perlu temu janji mulai Isnin ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Orang ramai yang ingin memperbaharu Lesen Kenderaan Motor (LKM) dan Lesen Memandu Malaysia (LMM) boleh berbuat demikian secara jumpa terus di mana-mana cawangan Pos Malaysia di seluruh negara bermula 6 September atau Isnin ini.

Dalam kenyataan pada Sabtu, Pos Malaysia menjelaskan bagi yang telah membuat janji temu untuk perkhidmatan pembaharuan Jabatan Pengangkutan Jalan boleh memilih untuk meneruskan janji temu tersebut pada tarikh, masa dan lokasi pilihan atau secara jumpa terus di mana-mana cawangan pejabat pos.

“Pelanggan juga boleh memperbaharu insurans kenderaan motor mereka menerusi kaunter pejabat pos atau secara dalam talian melalui laman web dan aplikasi mudah alih,” menurutnya.

Mereka yang ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh menggunakan ‘AskPos’ di laman web www.pos.com.my atau aplikasi mudah alih Pos Malaysia.

Pada Jumaat, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong mengumumkan tempoh moratorium bagi pembaharuan LKM dan LMM dilanjutkan sehingga 31 Dis, 2021.

Beliau berkata bagaimanapun, pemilik LKM yang telah tamat tempoh sah perlu memastikan kenderaan masing-masing dilindungi insurans sah dan menunjukkan sijil perlindungan insurans bagi tujuan pemeriksaan. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia