web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


PMYT: Muzakarah Majlis Kebangsaan Bincang Tindakan Lanjut

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Sep 2021 3:23PM

Ahmad Marzuk Shaary - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA BHARU - Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam akan menentukan sama ada ajaran 'Perjalanan Mimpi Yang Terakhir' (PMYT) menyeleweng daripada ajaran Islam atau tidak.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Ahmad Marzuk Shaary berkata sehubungan itu, pihaknya akan mengadakan satu perbincangan bersama jawatankuasa itu untuk menentukan tindakan lanjut yang boleh diambil.

“Kita memandang serius perkara ini… Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sudah sedia maklum berhubung isu ini dan polis juga sedang melakukan siasatan,” katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Penyampaian Anugerah Pelajar Cemerlang Secara Pandu Lalu di Pusat Khidmat Ahli Dewan Rakyat (ADR) Kampung Landak, Pengkalan Chepa, di sini hari ini. 

Tular dalam media sosial baru-baru ini, seorang wanita dengan gelaran Sittah Annur dikaitkan dengan ajaran sesat PMYT mendakwa kononnya akan berlaku Perang Dunia Ketiga bermula di Sabah dan memimpin pasukannya bagi mencari Imam Mahdi untuk melawan musuh.

Ahmad Marzuk berkata siasatan perlu dijalankan dalam usaha memperkukuhkan akidah umat Islam agar tidak terpesong daripada ajaran Islam.

“Ada dua kes (dalam kes Sittah Annur) iaitu pertamanya terlibat dengan ajaran sesat dan kedua melibatkan keselamatan negara, sekarang ini kita utamakan soal keselamatan dahulu. Mereka yang terlibat dan juga pengikut akan dikenakan tindakan bersesuaian,” katanya. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia