web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Gangguan Bekalan Air Hanya Pulih Sepenuhnya Isnin Ini - Air Selangor

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Sep 2021 4:23PM

Air Selangor sediakan 94 lori tangki membekalkan air ke kawasan yang terlibat dengan gangguan bekalan air. - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Gangguan bekalan air di 463 kawasan berikutan Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih dihenti tugas sementara akibat insiden pencemaran bau, dijangka pulih sepenuhnya pada 6 pagi Isnin ini.

Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) Elina Baseri dalam kenyataan hari ini berkata LRA Sungai Semenyih telah mula beroperasi.

“Bekalan air bagi kawasan terjejas akan mula disalurkan secara berperingkat mulai 6 petang hari ini. Sebanyak 94 lori tangki air telah digerakkan ke kawasan terjejas dan premis-premis kritikal sepanjang gangguan bekalan air tidak berjadual ini,” katanya.

Elina berkata Air Selangor memahami situasi pengguna yang memerlukan air bersih, terutama semasa peningkatan kes COVID-19, sehubungan itu syarikat berkenaan sedang mengambil segala usaha untuk meminimumkan impak gangguan kepada pengguna yang terjejas.

Gangguan bekalan air itu melibatkan 172 kawasan di Petaling, 54 di Hulu Langat, 23 di Putrajaya dan 20 di Kuala Langat.

Orang ramai boleh mendapatkan laporan terkini mengenai gangguan bekalan air menerusi akaun media sosial rasmi Air Selangor iaitu Twitter, Facebook dan Instagram dan laman web www.airselangor.com atau hubungi pusat panggilan 15300. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia