web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Penggunaan ICU Masih Tinggi, Peralihan Fasa 3 Ditangguhkan - MB 

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Sep 2021 8:03PM

Ahmad Samsuri bercakap kepada media selepas merasmikan misi kebajikan 'Kami Bersamamu' di Kuala Terengganu, hari ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA TERENGGANU - Terengganu gagal beralih kepada Fasa Tiga Pelan Pemulihan Negara PPN kerana pengunaan katil Unit Rawatan Rapi (ICU) di hospital negeri itu masih berada pada tahap 60 peratus.

Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar berkata situasi tersebut  menyebabkan peralihan fasa terpaksa ditangguhkan, berbanding jadual asal iaitu  bulan ini.

Menurut beliau, kadar vaksinasi Terengganu pada hakikatnya sudah melepasi syarat Fasa Tiga, namun mereka masih berdepan kekurangan dari segi kesediaan ICU untuk menampung bilangan katil bagi pesakit COVID-19.

“Untuk membolehkan kita keluar daripada Fasa Dua ke Fasa Tiga, penggunaan katil ICU mesti kurang daripada 50 peratus,” katanya kepada media selepas merasmikan misi kebajikan ‘Kami Bersamamu’ di sini hari ini.

Ahmad Samsuri bagaimanapun meluahkan keyakinan untuk melihat Terengganu melepasi halangan itu dan beralih kepada Fasa Tiga menjelang pertengahan bulan ini.

Katanya, situasi pandemik di negeri itu masih terkawal biarpun peratusan penggunaan katil ICU tidak menurun.

Jelas beliau, ini kerana 98.5 peratus kes COVID-19 yang direkodkan hanya terdiri daripada pesakit tahap satu dan dua.

“Bagi pesakit tahap tiga dan empat kadarnya adalah sangat minimum,” katanya.

Sebelum ini Ahmad Samsuri dilaporkan berkata Terengganu dijangka akan beralih kepada Fasa Tiga pada September.

Terengganu ialah antara negeri terawal beralih ke Fasa Dua PPN pada 5 Julai, selain Perlis, Perak, Pahang dan Kelantan kerana berjaya mencapai tiga indikator nilai ambang.

Setakat semalam, Terengganu mencatatkan 532 kes positif COVID-19. - Getaran, 4 September 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia