web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


COVID: Hampir Separuh Kes Positif Hari Ini, Tak Ambil Vaksin

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 04 Sep 2021 8:43PM

8,544 kes daripada jumlah keseluruhan 19,057 kes baharu COVID-19 hari ini dikesan tiada sejarah vaksinasi. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sebanyak 44.8 peratus atau 8,544 kes daripada jumlah keseluruhan 19,057 kes baharu COVID-19 yang dilaporkan hari ini tiada sejarah vaksinasi COVID-19. 

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataannya berkata sebanyak 4,393 kes atau 23.1 peratus daripada kes yang dilaporkan pada hari ini telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin COVID-19  atau kurang 14 hari dari tarikh dos kedua.

“Sebanyak 6,120 kes atau 32.1 peratus daripada kes positif COVID-19 yang dilaporkan pada hari ini mempunyai sejarah vaksinasi lengkap dan sebahagian besar daripada mereka berada pada kategori satu iaitu tidak bergejala dan kategori dua bergejala ringan,” katanya. 

Menurut Dr Noor Hisham, 362 kes kematian dilaporkan hari ini yang melibatkan 304 warganegara dan 58 bukan warganegara.

Kes kematian di rumah atau brought-in-dead yang dicatatkan hari ini ialah 104 kes dan ia merupakan jumlah kes kematian di rumah tertinggi sejak pandemik melanda. 

Kes aktif COVID-19 di seluruh negara pada hari ini ialah sebanyak 256,302 kes dengan 1,369 kes memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Daripada jumlah kes yang dirawat di ICU, 978 kes merupakan kes positif COVID-19 manakala 391 lagi ialah kes yang disyaki dan dalam siasatan.

Kes yang memerlukan bantuan pernafasan pada hari ini pula sebanyak 764 kes terdiri daripada 460 kes COVID-19 dan 304 kes merupakan kes disyaki dan dalam siasatan.  

Menurut Dr Noor Hisham kadar kebolehjangkitan atau Rt seluruh negara pada hari ini ialah 0.96.

Negeri yang mencatatkan kadar Rt tertinggi ialah Sarawak dengan 1.14 manakala Kuala Lumpur mencatatkan kadar Rt terendah iaitu 0.79, katanya. 

Sebanyak 16 kluster baharu dilaporkan hari ini berbanding 34 kluster baharu pada Jumaat dan daripada keseluruhan kluster baharu itu, 12 merupakan kluster tempat kerja, tiga kluster komuniti dan satu kluster pendidikan. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia