web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Suruhanjaya Tinggi Singapura Sumbang 154 Buku

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Sep 2021 3:11PM

Hui Chien (dua dari kanan) berkata, sumbangan ini adalah sebagai tanda sokongan terhadap proses pembelajaran sepanjang hayat. - Gambar dari Facebook Singapore High Commission

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sebanyak 154 buku bernilai lebih RM11,000 telah disumbangkan oleh Suruhanjaya Tinggi Singapura ke Malaysia kepada Institut Dasar dan Pengurusan Awam Antarabangsa Universiti Malaya INPUMA UM pada 2 September lalu.

Timbalan Pesuruhjaya, Loy Hui Chien berkata, ia adalah sebagai tanda sokongan terhadap proses pembelajaran sepanjang hayat.

“Suruhanjaya Tinggi Singapura menyokong pembelajaran sepanjang hayat.

“Kami juga berharap buku-buku itu dapat menyumbang kepada penyelidikan dan wawasan strategik INPUMA,” katanya menerusi satu hantaran di akaun Facebook rasmi suruhanjaya berkenaan.

Kotak-kotak yang mengandungi buku yang disumbang. - Gambar dari Facebok Singapore High Commission
Kotak-kotak yang mengandungi buku yang disumbang. - Gambar dari Facebok Singapore High Commission

Sementara itu, Pengarah Eksekutif INPUMA, Profesor Dr Shakila Yacob turut mengucapkan terima kasih kepada Suruhanjaya Tinggi Singapura atas sumbangan yang diberikan.

“Koleksi bahan bacaan serta buku yang disumbangkan ini akan dijadikan sebagai bahan rujukan dan bacaan buat pelajar kami.

“Melalui sumbangan dan kerjasama ini, pastinya pelajar di INPUMA akan mendapat manfaat yang besar selain mengharapkan  pendidikan yang lebih baik,” katanya. - Getaran, 5 September 2021.

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia