web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


COVID-19: Malaysia Catat 20,396 Kes Baharu Hari Ini

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 05 Sep 2021 7:42PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kes harian COVID-19 Malaysia kembali ke paras 20,000 dengan merekodkan 20,396 kes dalam tempoh 24 jam, selepas dua hari berturut-turut merekodkan kes di bawah paras 20,000.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata kes harian Malaysia semalam ialah sebanyak 19,057 kes, manakala 19,378 kes pada Jumaat.

Dr Noor Hisham menerusi hantaran di Facebook dan Twitter rasmi beliau memaklumkan, jumlah kumulatif kes positif COVID-19 di Malaysia kini adalah 1,844,835 kes.

“Selangor mencatatkan jumlah kes tertinggi dengan 3,886 kes diikuti Sarawak (3,747), Johor (2,165), Sabah (2,136), Pulau Pinang (1,961) dan Kedah (1,587).

“Sementara Kelantan mencatatkan 1,078 kes, Perak (1,057), Terengganu (861), Kuala Lumpur (597), Pahang (486), Melaka (459) dan Negeri Sembilan (269),Perlis (78), Putrajaya (25) dan Labuan (empat),” katanya.

Mengenai kapasiti dan penggunaan katil hospital COVID-19, Dr Noor Hisham menerusi perkongsian infografik dalam hantaran berbeza memaklumkan penggunaan katil bukan unit rawatan rapi (ICU) di Malaysia adalah 75 peratus daripada 18,581 katil, manakala penggunaan katil ICU adalah 86 peratus daripada 1,586 katil, setakat 5 petang semalam (4 September).

Berdasarkan infografik itu, dua negeri mencatatkan penggunaan katil bukan ICU melebihi 100 peratus iaitu Perlis (111 peratus) dan Pulau Pinang (108 peratus).

Bagi penggunaan katil ICU, tiga negeri merekodkan penggunaan melebihi 100 peratus iaitu Kedah dengan 123 peratus, diikuti Perak (108 peratus) dan Kelantan (103 peratus). - Bernama

Berita Berkaitan

1

Kisah Kita 8 bulan yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

2

Semasa 9 bulan yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

3

Semasa 9 bulan yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

4

Semasa 9 bulan yang lalu

Peningkatan Kes COVID-19, Amalkan Semula SOP Kesihatan - Pakar

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia