web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Vaksinasi Kanak-Kanak, Remaja Bakal Dilaksana Waktu Terdekat

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Sep 2021 8:41PM

Dr Ismuni Bohari

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LABUAN - Program vaksinasi kepada golongan remaja di pulau ini bakal dilaksanakan dalam tempoh terdekat, kata Pengarah Kesihatan Labuan, Dr Ismuni Bohari.

Menurut beliau, pihaknya sedang merancang untuk melaksanakan tiga sesi pemberian vaksin kepada golongan itu setelah mendapat persetujuan dari Kementerian Kesihatan (KKM).

Menurutnya, sesi pertama membabitkan golongan remaja berumur 16 hingga 17 tahun manakala sesi kedua dibuka untuk kanak-kanak berisiko, dalam lingkungan usia 12 hingga 16 tahun.

Sesi ketiga pula jelas Dr Ismuni, terbuka kepada semua kanak-kanak, seawal usia 12 hingga 16 tahun yang tidak mengalami sebarang komplikasi kesihatan.

Turut dibenarkan mengambil suntikan tersebut adalah remaja berumur 16 dan 17 tahun, juga yang tidak memiliki sebarang  penyakit.

“Kita hanya menunggu untuk surat akur janji kebenaran yang sedang diputuskan di peringkat kebangsaan.

“Sekiranya telah selesai dan disiapkan, kemungkinan besar kita akan memulakan program itu secepat mungkin,’’ katanya dalam temubual di Slot Roger-Roger Labuan FM, baru- baru ini.

Dalam pada itu, Dr Ismuni berkata, Pusat Pemberian Vaksin COVID-19 (PPV) Dewan Mutiara Kolej Matrikulasi Labuan (KML) ditutup untuk sementara waktu.

“ PPV KML akan dibuka semula bagi program vaksinasi remaja tidak lama lagi,” katanya. - Getaran, 6 September 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia