web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


325 Pemandu Kenderaan Awam Sabah, Labuan, Terima Bantuan RM500

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Sep 2021 7:38AM

Chin Kim Hiung

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU - Seramai 325 orang pemandu pengangkutan awam di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan akan menerima bantuan one-off RM500 bermula hari ini.

Pengerusi Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan Sabah (LPKP), Datuk Chin Kim Hiung berkata, bantuan ini adalah di bawah Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi Tambahan (PEMERKASA Plus) Fasa 2.

Katanya, ia disalurkan oleh LPKP Sabah dan melibatkan peruntukan sebanyak RM162 ribu.

Bayaran bantuan ini jelas beliau, merupakan lanjutan daripada pembayaran PEMERKASA Plus Fasa 1 kepada 6,496 orang pemandu pengangkutan awam di Sabah dan Labuan yang telah disalurkan bermula Julai lalu.

"Pembayaran Fasa 2 akan melibatkan 198 pemandu teksi dan kereta sewa, 79 pemandu E-Hailing, 40 pemandu bas sekolah dan lapan pemandu bas pelancong.

"Ia melibatkan jumlah keseluruhan RM3.4 juta bagi kedua-dua fasa, yang diperuntukan oleh kerajaan bagi menjaga kebajikan 6,821 orang pemandu pengangkutan awam di Sabah dan Labuan," katanya.

Menurut Kim Hiung, kerajaan tidak pernah mengabaikan nasib pemandu pengangkutan awam yang terjejas akibat pandemik COVID-19.

Beliau turut berharap agar bantuan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban mereka yang terlibat.

"Semua pemandu pengangkutan awam di Sabah dan Labuan diingatkan agar sentiasa mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi sama-sama mengekang penularan COVID-19," katanya. - Getaran, 7 September 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia