web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Penjenamaan Rakitstay Mampu Bantu Pengusaha Pulih Kedudukan - Mohd Sharkar

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Sep 2021 12:39PM

Rakitstay telah dijenamakan semula dan mampu menarik perhatian pelancong terutama kaki pancing. - Gambar ihsan Jembara

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - Penjenamaan semula konsep penginapan rumah rakit kepada 'Rakitstay' dilihat mampu membantu pengusaha produk pelancongan itu. 

Cadangan berkenaan juga bakal memberikan imej atau nilai tambah dari aspek komersial kepada pengusaha rumah rakit, yang menyediakan perkhidmatan berkenaan untuk pelancong dan kaki pancing. 

Mohd Sharkar Shamsudin
Mohd Sharkar Shamsudin

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar, Perladangan dan Komoditi Pahang, Datuk Seri berkata, perancangan bagi proses penjenamaan semula itu sedang diteliti bersama Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan (MOTAC) sebelum dimuktamadkan. 

"Kita melihat penawaran produk pelancongan dalam bentuk rumah rakit ini mempunyai peminat atau segmen sasaran tersendiri dan mempunyai potensi besar dalam meningkatkan kedatangan pelancong ke Pahang. 

"Jadi, kalau ia dijenamakan semula sebagai 'Rakitstay', secara tidak langsung menambah nilai komersial kepada produk itu sendiri dan akhirnya dapat menarik perhatian pelancong dari luar negara,” katanya kepada Getaran di sini hari ini.

Mengulas lanjut beliau berkata, cadangan penjenamaan semula itu akan melibatkan kerjasama MOTAC, selaras dengan peranan mereka mengenalpasti jenis kemudahan penginapan yang boleh ditawarkan kepada pelancong.

“Kebetulan, kita ada rumah rakit yang banyak di sepanjang Sungai Pahang dan semuanya sesuai untuk dijadikan tempat penginapan selesa," katanya.

Mohd Sharkar berkata, jika sebelum ini MOTAC lebih menumpukan promosi hotel, chalet, resort dan program inap desa kepada pelancong, mungkin sudah sampai masa untuk mereka menawarkan pilihan kemudahan penginapan di rumah rakit yang tidak kurang hebatnya.

Dalam hal ini jelas beliau, satu garis panduan lebih jelas juga perlu disediakan kepada pengusaha rumah rakit bagi memudahkan urusan kelulusan operasi dari pejabat pihak berkuasa tempatan dan agensi berkaitan yang lain. 

"Tujuan utama kita menjenamakan semula produk ini adalah bagi membantu operator rumah rakit yang terjejas teruk akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi atau 'total lockdown' sebelum ini. 

"Ketika ini, kebanyakan negeri sudah memasuki fasa dua Pelan Pemulihan Negara (PPN), dan ada negeri sudah (memasuki) fasa tiga, maknanya aktiviti pelancongan domestik secara umumnya sudah boleh dilakukan,” katanya.

Mohd Sharkar turut melahirkan harapan untuk melihat Pahang beralih ke fasa dua PPN tidak lagi bagi membantu pengusaha pelancongan memperoleh semula sumber pendapatan mereka seperti sebelum.

“Setakat ini terdapat sekitar 50 operator rumah rakit di sekitar Sungai Rompin serta Sungai Pontian yang sudah berdaftar dengan Tourism Pahang dan MOTAC negeri,” katanya. – Getaran, 7 September 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Warga Emas Maut Dihempap Pokok

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Op Global: 171 Ditahan Bantu Siasatan Eksploitasi Kanak-kanak, 402 Mangsa Diselamatkan

3

Jelajah 1 bulan yang lalu

Lembaga Pelancongan Sarawak Promosi Pakej Menarik Di NATAS Holidays 2024, Singapura

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Polis Rampas Peralatan Darjah Kebesaran Palsu Daripada Pengarah Syarikat Telekomunikasi

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia