web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Rumah Tangga Dilanda Badai, Peguam Kemurungan Bunuh Diri

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Sep 2021 6:13PM

Lokasi di mana seorang peguam ditemui meninggal dunia di Wisma Sanyan, Sibu.

oleh

Rosli Amit

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SIBU - Seorang peguam menemui ajal selepas terjun dari tingkat 22, Wisma Sanyan di sini, dipercayai kerana mengalami depresi.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Aidi Ismail berkata, mangsa, Wee Wui Kiat, 42 ditemui dalam keadaan berlumuran darah di kawasan tempat letak kereta bangunan berkenaan pada jam 1.40 tengah hari.

Menurut beliau, siasatan mendapati Wui Kiat mengalami kemurungan selepas berpisah dengan isterinya yang juga seorang peguam di Kuching.

“Keterangan daripada saudara mara dan rakan mangsa memberitahu, dia mengalami depresi selepas rumah tangganya berdepan masalah hingga mengakibatkan perceraian,” katanya kepada Getaran hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner (ACP) Stanley Jonathan Ringgit berkata, pihaknya menerima maklumat daripada orang awam berhubung kes itu pada jam 1.30 tengah hari.

"Pada masa kejadian terdapat, enam petugas sedang berehat di tempat kerja masing-masing dan tidak perasan kehadiran mangsa di lokasi kejadian.

"Mangsa jatuh di atas jalan raya di depan bangunan itu dan mengalami kecederaan parah termasuk putus kaki kanan.

“Mayat mangsa dibawa ke Hospital Sibu untuk tindakan lanjut,” katanya.

Stanley berkata, siasatan awal tidak menjumpai sebarang unsur khianat dan kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut. – Getaran, 7 September 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Pengantin Remaja: Kenal Pasti Kaedah Terbaik Laksana Undang-Undang

2

Video & Galeri 1 bulan yang lalu

Getaran Tanyakan Episod 7

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Semakin Ramai Tiada Dokumen Pengenalan Diri Di Sarawak - SCRIPS

4

Semasa 1 bulan yang lalu

SPRM Tahan Pengarah Agensi Penguat Kuasa Disyaki Lindungi Sindiket Seludup Minyak Diesel Subsidi

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia