web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Gantung Parlimen: Kes Rayuan Anwar Didengar 28 Sept Ini

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 07 Sep 2021 8:52PM

Anwar Ibrahim - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Mahkamah Rayuan menetapkan 28 September ini untuk mendengar rayuan Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap keputusan Mahkamah Tinggi enggan memberi kebenaran bagi mencabar tindakan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menasihati Yang di-Pertuan Agong untuk menggantung persidangan Parlimen dalam tempoh darurat.

Peguam Anwar, Sangeet Kaur Deo, ketika dihubungi Bernama, mengesahkan tarikh rayuan tersebut selepas pengurusan kes di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Rayuan, Wan Nor Aklima Wan Salleh hari ini.

Pada 22 April lalu, Mahkamah Tinggi menolak permohonan kebenaran semakan kehakiman yang dikemukakan ketua pembangkang itu selaku pemohon atas alasan mahkamah tiada bidang kuasa untuk mendengar permohonan itu berdasarkan Perkara 150(6) dan 150(8) Perlembagaan persekutuan.

Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson memfailkan permohonan kebenaran untuk memulakan semakan kehakiman pada 25 Jan lepas, dengan menamakan Perdana Menteri dan kerajaan masing-masing sebagai responden pertama dan kedua.

Beliau memohon deklarasi bahawa keputusan yang diberikan oleh Jemaah Menteri, diketuai Muhyiddin untuk menasihati Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk memasyhurkan Seksyen 14 Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 yang telah mengakibatkan penggantungan Parlimen adalah bertentangan dengan undang-undang, tidak berperlembagaan, tidak sah, tidak mempunyai sebarang kesan dan ultra vires. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia