web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Mahkamah Rayuan Kekal Keputusan Tolak Saman Terhadap Fazura

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Sep 2021 9:27PM

Nur Fazura Shariffudin - Gambar dari Instagram missfazura

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Mahkamah Rayuan hari ini mengesahkan keputusan Mahkamah Tinggi menolak saman oleh pemilik Maydan Trading terhadap selebriti Fazura atau nama sebenar Nur Fazura Shariffudin dan Universal Music Sdn Bhd atas dakwaan melanggar kontrak.

Panel tiga hakim terdiri daripada Datuk Hanipah Farikullah, Datuk Azizah Nawawi dan Datuk See Mee Chun menolak rayuan Narhamdan Abd Malek dan mengarahkan beliau membayar kos RM10,000 kepada Nur Fazura.

Ketika dihubungi, peguam Fakhrul Azman Abu Hassan, mewakili Nur Fazura, mengesahkan keputusan mahkamah tersebut dan berkata mahkamah memutuskan bahawa tiada pelanggaran kontrak oleh anak guamnya dan Universal Music.

Narhamdan merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi pada 18 Jun tahun lalu yang menolak samannya terhadap pelakon dan penyanyi itu serta Universal Music yang mengurus Nur Fazura.

Narhamdan, yang memiliki dan menjual produk kesihatan iaitu ‘candy’ yang boleh dikunyah dikenali sebagai 'Q Tab' untuk kesihatan rambut, kulit dan kuku memfailkan saman pada 16 Dis 2017 dengan menamakan Nur Fazura, 38, dan Universal Music Sdn Bhd sebagai defendan pertama dan kedua.

Mengikut terma perjanjian, Nur Fazura sepatutnya memasarkan produk tersebut dalam tempoh enam bulan melalui media sosial, khususnya Instagram milik pelakon itu.

Dalam saman tersebut, Narhamdan mendakwa selebriti itu melanggar kontrak pada penghujung September 2017 apabila Nur Fazura melancar dan memasarkan produk kesihatan dan kecantikan berasingan iaitu 'TRUDOLLY 'TruBeauty' ketika kontraknya masih berkuat kuasa.

Beliau mendakwa pelancaran produk itu mewujudkan persaingan untuk produk ‘Q Tab’ manakala pemasaran produk itu telah diabaikan, menyebabkan beliau mengalami kerugian dari segi jualan.

Oleh itu, Narhamdan, antara lain, menuntut pembayaran balik RM156,000 daripada Nur Fazura dan Universal Music, ganti rugi RM141,755.61 kerana pelanggaran kontrak, faedah dan kos.

Fazura dalam penyataan pembelaan difailkan pada 29 Jan 2018 mendakwa beliau tidak pernah memasuki apa-apa perjanjian dengan perayu.

Peguam Jefri Jaafar mewakili Narhamdan manakala Universal Music oleh Wilson Lim. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia