web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Drama HSKLU, Sudah Terhantuk Baru Terngadah

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Sep 2021 8:54AM

Isu penyahwartaan Hutan Simpan Kuala Langat Utara kembali menjadi perhatian kerana ia dibimbangi mengganggu gugat kawasan hutan dan ekosistem yang terletak bersebelahan. - Gambar Alif Omar

oleh

Zaidi Azmi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kontroversi yang terpalit ke atas kerajaan Selangor berhubung penyahwartaan Hutan Simpan Kuala Langat Utara (HSKLU) tidak ubah seperti pepatah Melayu; sudah terhantuk baru terngadah.

Mana tidaknya, setelah teruk dikecam oleh pelbagai, baru hari ini barisan kepimpinan negeri akan bermesyuarat untuk menyemak semula pewartaan keluar hutan itu setelah meluluskannya secara senyap Mei lalu.

Apa membuatkan drama ini lebih menggelikan hati adalah kenyataan PKR  minggu lalu, bahawa Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari akan “menangguh proses penyahwartaan” sehingga kesemua isu berbangkit selesai dijelaskan.

Bagaimana penangguhan boleh dibuat ke atas penyahwartaan yang telah dimuktamadkan sejak lima bulan lalu adalah satu persoalan yang masih tidak dijawab oleh mana-mana pemimpin dalam kerajaan Selangor sehingga sekarang.

Presiden Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Malaysia, Datuk Dr. Shariffa Sabrina Syed Akil berkata, tindak-tanduk kerajaan negeri dalam isu ini ibarat memperkotak-katikkan kehendak rakyat yang berkali-kali membantah penyahwartaan HSKLU.

“Tiada alasan ‘on-hold’ proses penyahwartaan sedangkan status hutan simpan itu telah dilucut melainkan, sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor memfailkan usul baharu untuk membatalkan penyahwartaan HSKLU,” tegasnya.

Damar pokok meranti yang tumbuh di Hutan Simpan Kuala Langat Utara. - Gambar Alif Omar
Damar pokok meranti yang tumbuh di Hutan Simpan Kuala Langat Utara. - Gambar Alif Omar

Penyahwartaan HSKLU juga bercanggah dengan ketetapan sebulat suara barisan ADUN Selangor yang pada November tahun 2020 meluluskan usul supaya kesemua hutan simpan Selangor dipertahankan dan dipulihara selama-lamanya.

Shariffa Sabrina berkata, tindakan kerajaan negeri tersebut jelas tidak menghormati kepentingan dan adat-resam 1,000  keluarga Orang Asli Temuan, selaku pengundi yang mendiami dan menjaga HSKLU melalui Pewartaan Notis Gazet Kerajaan No. 2578 sejak 19 April 1927.

Pada November 2020, barisan ADUN Selangor sebulat suara meluluskan usul supaya kesemua hutan simpan Selangor dipertahankan dan dipulihara selama-lamanya. - Gambar Alif Omar
Pada November 2020, barisan ADUN Selangor sebulat suara meluluskan usul supaya kesemua hutan simpan Selangor dipertahankan dan dipulihara selama-lamanya. - Gambar Alif Omar

HSKLU merupakan satu daripada empat hutan paya gambut yang masih wujud di Selangor, berusia 8,000 tahun dan berkeluasan 931 hektar.

Penyahwartaan yang dibuat terhadap hutan berkenaan membabitkan kawasan seluas 536.6 hektar.

Walaupun pewartaan keluar dibuat atas nama pembangunan, ia dikatakan menerima bantahan keras oleh Orang Asli yang menetap berdekatan dengan HSKLU.

Hakikatnya, ia hanya ditentang satu perkampungan iaitu Kampung Orang Asli Busut Baru, manakala tujuh yang lain menerima penyahwartaan itu.

Penempatan yang bersetuju ialah Kampung Orang Asli Pulau Kempas, Kampung Orang Asli Bukit Cheeding, Kampung Orang Asli Bukit Serdang, Kampung Orang Asli Bukit Tadom, Kampung Orang Asli Bukit Perah, Kampung Orang Asli Bukit Kechil dan Taman Desa Kemandol.

Dalam satu warkah kepada Sultan Selangor yang bertarikh 18 September 2020, ketujuh-tujuh Tok Batin daripada semua perkampungan yang bersetuju itu menyatakan, mereka akur dengan pelan itu.

“Kami merasakan dengan memberi kerjasama kepada kerajaan negeri ketika itu, ia akan memudahkan proses pewartaan status kampung kami,” kata seorang daripada semua Tok Batin berkenaan yang meminta namanya dirahsiakan.

Beliau juga memberitahu Getaran, telah menerima notis pemakluman berhubung pewartaan kampungya sebagai kampung rasmi awal tahun ini.

“Namun disebabkan penguatkuasaan PKP (Perintah Kawalan Pergerakan), pihak Jupem (Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia) tidak dapat menjalankan kerja pengukuran dan pemetaan tanah.

“Benar, Orang Asli dan hutan tidak dapat dipisahkan, namun kami juga sedar bahawa dunia kian berubah dan kami tidak mahu ketinggalan. Kami sayangkan hutan namun kami lebih sayangkan kampung-kampung kami,” tambah Tok Batin itu.

Menurut laporan oleh Wetlands International pada 2010, Selangor pada awal 1950an mempunyai 121,276 hektar hutan paya gambut yang mengecil kepada 94,400 hektar pada 1982 dan terus berkurangan sehingga 78,161 hektar pada 1987.

Buat masa ini Getaran masih belum menjumpai statistik terkini berhubung keluasan hutan paya gambut di Selangor.

Tanah gambut ibarat besen yang menyimpan air, jika ia dikorek dan dikeluarkan bagi tujuan pembangunan, maka berkuranganlah kadar air aras bumi di kawasan itu dan persekitarannya. - Gambar Alif Omar
Tanah gambut ibarat besen yang menyimpan air, jika ia dikorek dan dikeluarkan bagi tujuan pembangunan, maka berkuranganlah kadar air aras bumi di kawasan itu dan persekitarannya. - Gambar Alif Omar

Jika kerajaan negeri Selangor masih meneruskan projek pembangunan di kawasan HSKLU, antara risiko yang berkemungkinan berlaku pada penduduk di sekitarnya adalah penurunan kadar air aras bumi (water table).

Ini, ujar Presiden Institut Geologi Malaysia, Abd Rasid Jaapar, mungkin akan menyebabkan tanah gambut di persekitaran kawasan itu menjadi kering sekali gus meningkatkan risiko kejadian kebakaran hutan.

“Kita harus anggap tanah gambut seperti besen yang menyimpan air. Jika ia dikorek dan dikeluarkan maka berkuranganlah kadar air aras bumi di kawasan itu dan persekitarannya.

“Ketidakseimbangan ini adalah berbahaya kepada banyak kawasan di sebelah pantai barat Selangor, kerana kebanyakan tanah di situ bertanah gambut yang mudah terbakar apabila ia kering,” katanya. - Getaran, 8 September 2021.

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia