web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kerani Wanita Ditahan, Pecah Amanah RM4 Juta

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Sep 2021 8:49AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang kerani wanita ditahan polis semalam dipercayai terlibat dengan kes pecah amanah syarikat pembinaan melibatkan kerugian RM4 juta.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Mohamad Farouk Eshak berkata suspek berumur 39 tahun itu ditahan ketika hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya susulan laporan yang dibuat oleh pengarah syarikat berkenaan pada November tahun lepas.

"Suspek dipercayai telah membuat beberapa transaksi ke dalam akaun peribadinya secara berperingkat berjumlah RM4 juta. 

"Dia  juga mempunyai akses akaun bank milik syarikat kerana pengadu (pengarah syarikat) cuti sakit sejak Januari 2018 hingga Jun 2020 dan tiada individu lain mempunyai akses kepada wang berkenaan," katanya dalam kenyataan semalam.

Beliau berkata siasatan awal mendapati dua akaun bank wanita itu digunakan untuk tujuan pemindahan wang syarikat dan suspek direman selama empat hari bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 408 Kanun Keseksaan. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia