web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Remaja Usia 16,17 Di Sarawak Mula Dapat Vaksin Hari ini

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Sep 2021 4:05PM

Pelajar Tingkatan 4 dan 5 Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Matang Kuching beratur untuk mendapatkan suntikan vaksin COVID-19 di Klinik Kesihatan Kampung Telaga Air, Kuching. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUCHING - Sarawak hari ini memulakan pelaksanaan vaksinasi COVID-19 untuk remaja berusia 16 dan 17 tahun dengan sasaran melengkapkan dos vaksin bagi golongan itu sebelum 3 Oktpber, iaitu tarikh sesi persekolahan dimulakan.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg hari ini berkata seramai 96,400 remaja dalam lingkungan umur berkenaan akan menerima vaksin COVID-19 yang mewakili 3.4 peratus daripada jumlah penduduk Sarawak.

“Proses vaksinasi dijalanlan di pusat pemberian vaksin (PPV) awam dan sekolah-sekolah, sementara klinik kesihatan akan memberikan vaksinasi kepada remaja yang tidak bersekolah dan pelajar asrama yang masih berada di kampung masing-masing,” katanya.

Bercakap dalam sidang media selepas meninjau PPV untuk remaja di Klinik Kesihatan Telaga Air, kira-kira 25 km dari sini, beliau berkata remaja berusia antara 12 dan 15 tahun yang berjumlah 192,800 orang di Sarawak akan divaksinasi penghujung September ini dengan dimulai dengan mereka yang komorbid.

“Untuk remaja yang berusia antara 12 dan 15 tahun, mereka dijangka akan lengkap divaksinasi dalam minggu keempat Oktober ini,” katanya.

Abang Johari berkata Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak semalam telah dilantik untuk mengendalikan sistem pengurusan pemberian vaksinasi COVID-19 untuk murid dan pelajar sekolah.

“Ibu bapa digalakkan untuk membawa anak-anak mereka yang layak untuk menerima vaksin COVID-19 di PPV khas yang ditetapkan, klinik serta menerusi program outreach (jangkau luar) yang dijalankan di sekolah-sekolah,” katanya.

Bagi Bahagian Kuching, sebanyak 69 sekolah dan 20,990 pelajar berumur 16 hingga 17 tahun akan menerima vaksin ini manakala di PPV Klinik Kesihatan Telaga Air,  758 remaja dari dua sekolah menengah berdekatan mendapat suntikan vaksin masing-masing.

Sementara itu, beliau berkata setakat 6 Sept, Sarawak telah mencapai 88.9 peratus liputan dos lengkap vaksin COVID-19 bagi golongan dewasa yang layak di negeri ini. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia