web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Tipu Derma COVID, Lelaki Dipenjara 3 Tahun

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Sep 2021 4:08PM

Mohd Zahazan Zainon (dua, kanan) dipenjara 3 tahun, denda RM16,000 dan 2 sebatan oleh Mahkamah Majistret Kota Tinggi hari ini, selepas mengaku bersalah atas 2 tuduhan menipu 2 rakan sekerja untuk menerima sumbangan derma berjumlah RM8,357 minggu lalu. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA TINGGI - Seorang penyelia kontrak dipenjara tiga tahun, didenda RM16,000 dan dikenakan dua sebatan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini, selepas mengaku bersalah atas dua pertuduhan menipu dua rakan sekerjanya bagi mendapatkan sumbangan derma berjumlah RM8,357, minggu lepas.

Tertuduh Mohd Zahazan Zainon, 45, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Nurmadiana Mamat.

Mengikut pertuduhan pertama, Mohd Zahazan dengan niat curang menipu rakan sekerjanya dengan mengatakan ahli keluarganya meninggal dunia akibat COVID-19 sedangkan perkara itu tidak benar dan mendorong mangsa memasukkan wang berjumlah RM7,857 ke akaun bank peribadinya sebagai sumbangan derma.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa memperdaya seorang lagi rakan sekerja dengan alasan yang sama dan mendorong mangsa memasukkan wang berjumlah RM500 ke akaun bank tertuduh untuk sumbangan derma.

Kedua-dua kesalahan tersebut dilakukan tertuduh pada 3 Sept lepas antara 5.20 petang hingga 9.25 malam di Pejabat Bahagian Keselamatan Kompleks Bersepadu Pengerang di sini.

Tertuduh didakwa melakukan kedua-dua kesalahan itu mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dengan sebatan dan boleh dikenakan denda.

Terdahulu, peguam Nurul Hidayah Mohd Asri memohon hukuman lebih ringan kerana ia merupakan kesalahan pertama tertuduh, selain beliau menanggung empat anak hasil perkahwinan terdahulu.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Nursyamim Fateha Mohd Amin memohon hukuman berat dikenakan terhadap tertuduh demi kepentingan awam.

Nurmadiana kemudian menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun dari tarikh tangkapan, denda RM15,000  yang jika tidak dibayar boleh dipenjara lima bulan dan dikenakan satu sebatan bagi pertuduhan pertama.

Sementara itu bagi pertuduhan kedua, mahkamah menjatuhkan hukuman setahun penjara dari tarikh tangkapan, denda RM1,000 yang jika gagal dibayar boleh dipenjara sebulan dan satu sebatan.

Kedua-dua hukuman penjara itu berjalan serentak bermula dari tarikh tertuduh ditangkap iaitu pada 4 Sept.

Minggu lepas tular di media sosial seorang lelaki ditahan polis selepas disyaki menyebarkan berita palsu yang mencetuskan simpati orang ramai mengenai kehilangan 14 ahli keluarganya akibat COVID-19, sehingga memperoleh sumbangan orang awam berjumlah RM91,000. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia