web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Vaksin 'Walk In' Di Klinik Kesihatan Percuma - CITF

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Sep 2021 4:53PM

Pemberian vaksin secara walk in di PPV Lembah Klang akan dihentikan sepenuhnya mulai 15 September ini. - Gambar Azim Abd Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tiada bayaran akan dikenakan kepada orang ramai yang hadir secara ‘walk in’ di klinik kesihatan untuk mendapatkan vaksin COVID-19 bermula 16 September depan.

Jurucakap Pasukan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) berkata, vaksinasi secara ‘walk-in’ di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) dalam Lembah Klang akan dihentikan sepenuhnya bermula 15 September depan seperti yang diumumkan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr Adham Baba.

Bagaimanapun, katanya, vaksinasi secara ‘walk-in’ di negeri lain masih berjalan seperti biasa.

“Tiada bayaran dikenakan kepada orang ramai yang mahu mendapatkan vaksinasi di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).

“Bagaimanapun, hanya klinik kesihatan tertentu sahaja akan menawarkan perkhidmatan vaksinasi dan senarai premis terlibat akan diumumkan kelak, ” katanya ketika dihubungi Getaran hari ini.

Terdahulu, Dr Adham mengumumkan vaksinasi secara walk in di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Lembah Klang, akan dihentikan sepenuhnya bermula 15 September ini.

Menurutnya, keputusan itu diambil selepas mengambil kira faktor bahawa jumlah penduduk Lembah Klang yang masih belum mendapat vaksinasi COVID-19 adalah sangat kecil.

Sebelum ini, Pasukan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) dalam satu kenyataan memaklumkan bermula 23 Ogos lalu, pihaknya menetapkan hanya 13 PPV di Lembah Klang akan menerima individu untuk mendapatkan vaksin secara 'walk-in'.

CITF dilaporkan berkata, langkah itu diambil berikutan pihaknya mendapati kadar kehadiran rakyat Malaysia di PPV untuk 'walk-in' kian berkurangan setiap hari selepas pelaksanaan bermula 2 Ogos lalu. - Getaran, 8 September 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia