web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Penduduk Lembah Klang Boleh Rentas Daerah Mulai Jumaat Ini

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 08 Sep 2021 9:02PM

Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya akan beralih ke Fasa 2 PPN mulai Jumaat ini. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Penduduk Lembah Klang yang sudah melengkapkan vaksinasi COVID-19 boleh merentas sempadan daerah bermula Jumaat ini berikutan Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya beralih ke Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kelonggaran yang diberikan adalah sama seperti negeri-negeri yang telah memasuki Fasa Dua PPN termasuk kebenaran merentas daerah kepada individu yang lengkap menerima dua dos vaksin.

“Selain itu, pasangan suami isteri jarak jauh yang lengkap divaksin pula dibenarkan untuk merentas negeri, manakala ibu bapa yang telah mendapat dua dos vaksin dibenarkan merentas negeri untuk berjumpa anak mereka yang berusia di bawah 18 tahun,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik COVID-19 hari ini dilakukan berdasarkan penilaian risiko semasa oleh Kementerian Kesihatan (KKM) serta Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Ismail Sabri berkata ‘dine in’ di premis makanan untuk pelanggan yang lengkap menerima dua dos vaksin turut dibenarkan selain aktiviti pelancongan hanya dibenarkan dalam negeri sama yang melibatkan penginapan di hotel dan inap desa bagi individu yang juga telah lengkap dua dos.

Ismail Sabri berkata  jawatankuasa tersebut memutuskan Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya digabungkan sebagai satu kawasan jangkitan yang sama dan oleh itu pergerakan antara negeri-negeri berkenaan dibenarkan serta tiada lagi sekatan jalan raya.

Beliau berkata bagi negeri yang diletakkan di bawah Fasa Dua dan Fasa Tiga, kelonggaran tambahan bagi aktiviti kedai gunting, hair dresser dan salon kecantikan adalah dibenarkan.

Dalam pada itu, Perdana Menteri berkata jawatankuasa tersebut bersetuju melonggarkan prosedur operasi standard (SOP) bagi aktiviti sukan, riadah dan rekreasi untuk negeri-negeri di bawah Fasa Satu, antaranya membenarkan sukan indoor kecuali gimnasium, kepada individu yang telah lengkap dua dos.

“Fasiliti sukan dan rekreasi komersial tertutup (indoor) dibenarkan beroperasi dengan kawal selia hanya kepada pelanggan yang telah lengkap divaksin dan penggunaan fasiliti perlu dilakukan secara janji temu di samping pematuhan SOP,” katanya.

Bagi sektor perdagangan dan pengedaran, beliau berkata perniagaan kedai bunga atau nurseri, kedai peralatan outdoor dan galeri perumahan akan dibenarkan beroperasi mulai  Jumaat ini bagi negeri-negeri di bawah Fasa Satu. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia