web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


CUEPACS Gesa Penjawat Awam Tolak Vaksin Tampil Beri Penjelasan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Sep 2021 7:48AM

Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR GAJAH - Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam Malaysia (CUEPACS) menggesa agar kakitangan awam yang menolak vaksin tampil membuat penjelasan.

Presidennya Adnan Mat berkata sebagai anggota pelaksana dasar kerajaan, mereka perlu menjadi individu pertama menyokong serta melaksanakan dasar dikeluarkan dan bukannya menolak pelaksanaannya.

“Setakat ini, kira-kira 30,000 kakitangan awam belum mendaftar menerima vaksin dan ada antaranya memberi alasan mempunyai masalah kesihatan.

“Jadi kita minta mereka tampil menjelaskan situasi sebenar dalam permasalahan ini supaya tidak mengundang tanggapan negatif daripada orang awam,” katanya ketika ditemui media selepas mengadakan lawatan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Universiti Teknologi  MARA (UiTM) Lendu, Alor Gajah di sini petang semalam.

Justeru, Adnan berkata pihaknya meminta kerajaan mempertimbangkan semula cadangan untuk membuat saringan berkala terhadap penjawat awam yang menolak untuk divaksinasi.

“Kita meminta perkara ini dipertimbangkan dan dalam masa sama, memohon mereka yang menolak agar tampil untuk kita tahu situasi sebenar kerana pelaksanaan saringan berkala juga melibatkan kos,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Adnan berharap kerajaan mewujudkan Sistem Saraan Malaysia (SSM) baharu memandangkan sistem saraan sedia ada yang digubal pada November 2002 tidak pernah dikaji atau ditambah baik sehingga hari ini.

Beliau berkata perkara itu wajar dimasukkan dalam peruntukan Belanjawan 2022 dijangka dibentangkan di Dewan Rakyat pada 29 Okt bagi memastikan ia relevan dengan persekitaran ekonomi semasa dan bukannya menggunakan dapatan daripada sistem diwujudkan 19 tahun lepas.

“Selain daripada usaha untuk memperbaharu sistem saraan bagi penjawat awam dapat dilaksanakan, pemberian peruntukan khusus bagi mewujudkan sistem saraan baharu itu turut mencerminkan kerajaan serius mahu mereformasi sistem penyampaian perkhidmatan awam dari segala aspek termasuk melibatkan hal kebajikan penjawat awam,” katanya.

Antara perkara perlu diberi perhatian dalam sistem saraan baharu kelak adalah skim gaji yang melangkaui pendapatan garis kemiskinan negara.

“Kenaikan gaji tahunan yang lebih bersesuaian juga perlu mengikut peningkatan kos sara hidup semasa,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Kes Bunuh Nur Farah Kartini: Teman Lelaki Direman 7 Hari

2

Semasa 5 bulan yang lalu

Diperdaya ‘Phone Scam’, Penjawat Awam Rugi Lebih RM150,000

3

Semasa 5 bulan yang lalu

Kenaikan Gaji, Elaun Tetap Penjawat Awam Lebih 13 Peratus Mulai 1 Disember Ini - PM

4

Semasa 5 bulan yang lalu

Langkah Kerajaan Laksana Subsidi Bersasar, Skim Baharu Gaji Penjawat Awam Berdasarkan Prinsip - Fahmi

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia