web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Langkah Kerajaan Laksana Subsidi Bersasar, Skim Baharu Gaji Penjawat Awam Berdasarkan Prinsip - Fahmi

Semasa Dikemaskini 2 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 23 Apr 2024 1:53PM

gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR -- Langkah kerajaan melaksanakan subsidi bersasar dan kajian skim baharu gaji penjawat awam adalah berdasarkan prinsip dengan mengutamakan kepentingan rakyat dan negara, kata Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil.

Beliau berkata, langkah itu juga bagi memastikan kedudukan fiskal yang lebih baik dan mengurangkan bebanan kewangan negara.

"Ada keperluan kita tegaskan bahawa sebarang keputusan kerajaan tidak akan 'lebih teruk berbanding sebelum ini'contohnya dalam isu subsidi diesel, RM2 bilion liter disonglap tidak tahu ke mana. Diesel sepatutnya dapat digunakan oleh rakyat tapi dijual ke orang asing.

"Kita perlu tepat untuk memberi subsidi sama macam elektrik, kita semua dapat kecuali golongan T20 dan keadilan itu meletakkan sesuatu pada tempatnya," katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi soal jawab dalam Program Taklimat Isu Semasa 'Kedudukan Fiskal dan Langkah Kerajaan Menangani isu Kewangan Negara' di ibu negara hari ini.

Selain, beliau berkata, kerajaan kini sedang giat meneliti keperluan mengkaji skim baharu gaji penjawat awam kerana ia sepatutnya dibuat 10 tahun lalu.

"Ada keperluan kita teliti perbincangan gaji (penjawat awam) dan ia sepatutnya berlaku 10 tahun yang lalu...banyak keputusan perlu dibuat dan kita serahkan kepada Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) untuk uruskan...sebab kalau kita tak ubah haluan, masa depan lebih suram," katanya.

Pada 19 April lalu, Anwar menerusi catatan di Facebook memaklumkan kerajaan akan umumkan cadangan penambahbaikan termasuk usaha meningkatkan kadar pendapatan bersih penjawat awam pada perhimpunan Hari Pekerja yang akan diadakan kelak. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 hari yang lalu

Proses Peralihan Kepada Model Dwirangkaian 5G Bermula Hari Ini - Fahmi

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Putrajaya Bertegas Tidak Benarkan Kontena Israel Masuk Pelabuhan Negara

3

Semasa 3 minggu yang lalu

Kerajaan Bakal Lancar Kempen Keselamatan Dalam Talian Untuk Kanak-Kanak Dan Keluarga

4

Semasa 3 minggu yang lalu

Perjumpaan Dengan Meta Di Singapura Bincang Komitmen Tangkis Berita Palsu - Fahmi

Sorotan

1

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

2

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

3

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

4

Hatrik Heberty Julang JDT, Tanigawa Sekat Hajat Terengganu

5

Kemenangan Saravanan Bukti Beliau Diperlukan Semua Ahli - Arvind

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 jam yang lalu

Proses Tebang 90 Pokok Berisiko Sekitar KL Dijangka Selesai Awal Julai

oleh Wartawan The Malaysian Insight

Semasa 1 hari yang lalu

Kekotoran Laut Di Langkawi 'Out Of Control’ - MP Langkawi 

oleh Rafisqi Radhi

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki ‘Kantoi’ Curang Mengaku Tak Bersalah Belasah Isteri

Sukan 22 jam yang lalu

Azeem Tidak Terkilan Jika Tidak Dapat Beraksi Di Olimpik Paris 2024