web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Gian Syabu, Abang Tikam Adik Dengan Gunting

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Sep 2021 5:56PM

Suspek yang berusia 31 tahun mengamuk setelah gagal mendapatkan wang daripada ibunya untuk membeli dadah.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BEAUFORT - Seorang lelaki cedera selepas ditikam menggunakan gunting oleh abangnya dalam satu kejadian di Kampung Pintas, semalam.

Mangsa yang berusia 25 tahun itu ditikam di bahagian kepala selepas abangnya naik berang apabila gagal mendapatkan wang untuk membeli dadah.

Dalam kejadian lebih kurang jam 5.30 petang itu, suspek yang berusia 31 tahun mengamuk setelah gagal mendapatkan wang daripada ibunya.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan (DSP) Yusoff Zaki Mat Yaacob berkata, suspek kemudiannya mula merosakkan barang dan menjerit.

Menurut beliau, mangsa bertindak menegur perbuatan abangnya, namun diserang suspek hingga berlaku pergelutan antara mereka, sebelum dia ditikam dengan gunting tersebut.

“Pergelutan itu berjaya dileraikan ibu mereka, namun mangsa mengalami kecederaan di kepala dan dada akibat gunting yang digunakan oleh suspek.

“Mangsa telah dihantar ke Hospital Beaufort untuk rawatan dan laporan telah dibuat oleh keluarga berkenaan," katanya.

Menurut Yusoff, suspek telah ditahan susulan kejadian dan polis turut ekoran merampas gunting yang digunakan.

Katanya, siasatan mendapati suspek yang disyaki seorang penagih dadah telah meminta wang daripada ibunya untuk membeli bahan terlarang itu.

“Siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan,” katanya. - Getaran, 9 September 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia