web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Lagi Kemalangan Babitkan Lori Rempuh Kenderaan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 10 Sep 2021 7:52AM

Tangkap layar dari vido media sosial menunjukkan lori yang merempuh kenderaan di Persiaran Bukit Rahman Putra 1.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sekurang-kurangnya tiga daripada tujuh kenderaan remuk selepas dirempuh sebuah lori dalam kemalangan di Persiaran Bukit Rahman Putra 1, Sungai Buloh dekat sini, petang tadi.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Supt Shafa’aton Abu Bakar berkata dalam kejadian kira-kira 6.20 petang itu, sebuah lori dengan muatan tar dipercayai hilang kawalan ketika melalui selekoh menuruni bukit akibat mengalami masalah brek.

“Lori tersebut merempuh tiga kereta jenis Perodua Myvi, Axia dan Honda Jazz, sebuah kenderaan pacuan empat roda, dua van serta sebuah lori kren yang sedang berhenti menunggu lampu isyarat merah.

“Kesemua mangsa berusia lingkungan antara 35 hingga 57 tahun tidak mengalami kecederaan dan kemalangan hanya melibatkan kerosakan kenderaan,” katanya dalam kenyataan semalam.

Beliau berkata pihaknya kini menjalankan siasatan terhadap pemandu lori berusia 35 tahun itu termasuk menjalankan ujian air kencing bagi mengenal pasti individu tersebut memandu bawah pengaruh dadah atau sebaliknya.

Kes disiasat Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Kejadian membabitkan rempuhan lori sebelum ini dilaporkan berlaku di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur pada Isnin lepas melibatkan lima kenderaan, namun tiada kemalangan jiwa. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Pasukan Perubatan Peribadi Agong Rawat 2 Mangsa Kemalangan

2

Video & Galeri 3 bulan yang lalu

Jalan Kampung Tak Payahlah Laju-Laju Bang!

3

Video & Galeri 3 bulan yang lalu

Siapa Yang Bersalah?

4

Semasa 4 bulan yang lalu

Lelaki Maut Ditimpa Jengkaut Terbalik

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia