web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Larang Guru Belum Vaksin Mampu Lindungi Pelajar - Kesatuan Guru Sarawak

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Sep 2021 10:34AM

Guru yang tidak mahu menerima vaksin akan memberi kesan kepada tenaga pengajar lain yang memikul tanggungjawab tambahan ditinggalkan mereka. - Gambar fail

oleh

Rosli Amit

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUCHING - Keputusan Kementerian Pendidikan untuk melarang guru anti vaksin mengajar secara bersemuka terus menerima sokongan pelbagai kesatuan guru.

Kesatuan Guru Sarawak (STU) dan Kesatuan Guru Bumiputera Sarawak (KGBS) menyifatkan, langkah tersebut mampu menjamin keselamatan pelajar.

Presiden STU, Adam Parkash Abdullah berkata, tindakan itu juga berupaya meminimakan risiko jangkitan COVID-19 di sekolah.

Adam Prakash Abdullah
Adam Prakash Abdullah

Namun, jelasnya, perkara itu akan memberi kesan kepada guru lain yang memikul tanggungjawab tambahan ditinggalkan oleh guru yang enggan divaksin.

“Oleh itu, kita berharap guru yang enggan menerima vaksin COVID-19 untuk mendaftar secepat mungkin, demi keselamatan semua.

“Kita mahu ketika sekolah dibuka kembali, ibu bapa tidak akan ragu-ragu untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah selepas semua guru menerima vaksin,” katanya kepada Getaran.

Adam berkata, guru mesti memahami tanggungjawab mereka sebagai penjawat awam yang memiliki etika untuk dipatuhi dan amat menyedihkan sekiranya tindakan diambil terhadap mereka kerana enggan divaksin.

Sementara itu, Presiden Kesatuan Guru Bumiputera Sarawak (KGBS) Zulkiflee Sebli pula berkata, guru harus mempunyai tanggungjawab untuk menjadikan sekolah sebagai kawasan selamat. 

Zulkiflee Sebli
Zulkiflee Sebli

Menurutnya, ibu bapa pasti tidak akan teragak-agak menghantar anak mereka untuk sesi bersemuka sekiranya guru sudah melengkapkan dos imunisasi masing-masing.

“Kita menasihatkan guru yang belum menerima vaksin untuk berbuat demikian dengan memohon kepada Jabatan Kesihatan.

“Demi pelajar yang telah lama tidak ke sekolah, saya harap mereka akan segera  ke pusat pemberian vaksin (PPV) berdekatan bagi mendapatkan suntikan COVID-19,” katanya.

Katanya, KGBS tidak mahu sesi persekolahan secara bersemuka terjejas disebabkan keengganan guru ini mengambil vaksin COVID-19 seperti disyaratkan. - Getaran, 10 September 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Guru Langgar Disiplin Perlu Dikecualikan Kenaikan Pangkat Secara 'Time Based' – PM

2

Pendidikan 5 bulan yang lalu

6,034 Guru Lantikan Kontrak Ditempatkan Di Sekolah KPM

3

Semasa 6 bulan yang lalu

Guru PASTI Dakwa Ditindas: ‘Berikan Hak Kami!’

4

Luar Negara 9 bulan yang lalu

Jakarta Laksana Pemberian Vaksin COVID-19 Berbayar Mulai 1 Januari

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia