web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Guru PASTI Dakwa Ditindas: ‘Berikan Hak Kami!’

Semasa Dikemaskini 5 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 30 Mar 2024 8:11AM

Petisyan yang dibuat bagi menuntut tenaga pengajar PASTI diberikan hak sama seperti pekerja lain - gambar Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Bagaimana sebuah parti yang kononnya memperjuangkan Islam boleh menindas pekerja?

Perit, tetapi itu adalah hakikat yang terpaksa dilalui hampir 10,000 guru Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) di bawah pengurusan Dewan Pemuda PAS.

Wakil kumpulan guru berkenaan, dikenali sebagai Hak Guru PASTI ketika bercakap kepada Getaran memberitahu, sehingga hari ini mereka tidak dilayan seperti selayaknya seorang pekerja, apabila segala keperluan yang seharusnya ditunaikan majikan terbiar begitu sahaja.

Dakwa wakil itu, mereka tidak diberikan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) sebagai jaminan atau perlindungan masa hadapan.

“Kami menuntut hak kami berdasarkan Akta Pekerja 1955 dan perkara kritikal lain seperti pelaksanaan gaji minima, cuti, waktu bekerja, tuntutan kerja lebih masa, isu pengurusan serta beberapa perkara lain.

“Kami dah lama cuba berbincang dengan pihak pengurusan tetapi tidak dilayan, sebaliknya diugut dan dikecam,” katanya.

Jelas wakil tersebut, semua isu berkenaan telah dipanjangkan ke Mahkamah Buruh dan seperti dijangka, kemenangan berpihak kepada kumpulan guru terlibat.

Keadaan yang diharapkan berubah katanya, bagaimanapun tidak berlaku selepas pengurusan PASTI memfailkan rayuan. 

“Selepas menang, pengurusan (PASTI) buat rayuan di Mahkamah Tinggi dan diterima.

“Sekarang dalam proses nak buat rayuan atau buka kes baharu,” keluhnya.

Untuk info, kumpulan guru terbabit turut mencipta petisyen bagi menuntut keadilan sewajarnya. 

Gaji majoriti guru PASTI ketika ini masih berada di bawah paras gaji minima - gambar Facebook
Gaji majoriti guru PASTI ketika ini masih berada di bawah paras gaji minima - gambar Facebook

Antara lain, petisyen berkenaan menuntut pihak pengurusan memastikan guru PASTI menerima semua hak masing-masing termasuk gaji minima.

Petisyen itu juga mendesak pihak pengurusan memberi pampasan setimpal kepada guru dan bekas guru yang telah berkhidmat sekian lama, selain memastikan nasib dan masa depan mereka dibela seperti pekerja lain.

“Kami sudah tidak mampu lagi berdiam diri bila melihat guru sebagai tulang belakang PASTI membanting tulang sebelum jam 7 pagi hingga lewat 6 petang setiap hari.

“Kami tak mampu tutup mulut bila dapat tahu gaji mereka hanya sekitar RM400-RM600 sebulan, bahkan ada yang terpaksa melakukan dua-tiga kerja untuk menyara hidup seharian,” katanya.

Sehingga kini, petisyen terbabit sudah mengumpul 693 tandatangan.

Difahamkan, majoriti PASTI tidak berdaftar dengan Kementerian Pendidikan, Majlis Agama Islam negeri dan Jabatan Kebajikan Masyarakat negeri masing-masing.

Bagaimanapun, ada cawangan PASTI yang diberitakan menjaga kebajikan petugas mereka dengan baik, termasuk dari aspek pengurusan dan penyenggaraan premis. - Getaran, 30 Mac 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Guru Langgar Disiplin Perlu Dikecualikan Kenaikan Pangkat Secara 'Time Based' – PM

2

Pendidikan 5 bulan yang lalu

6,034 Guru Lantikan Kontrak Ditempatkan Di Sekolah KPM

3

Semasa 9 bulan yang lalu

2 Lelaki Maut Dalam Kemalangan

4

Semasa 1 tahun yang lalu

10 Guru Antara 31 Cedera Disengat Tebuan Tanah

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 10 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 9 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 17 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka