web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


2 Lelaki Maut Dalam Kemalangan

Semasa Dikemaskini 9 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 16 Dec 2023 4:36PM

Keadaan kereta PERODUA Myvi yang terbabit dalam kemalangan di Jalan Sungai Lokan, Kepala Batas. gambar FB JBPM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KEPALA BATAS - Dua lelaki meninggal dunia selepas PERODUA Myvi dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta jenis BMW di Jalan Sungai Lokan di sini, awal hari ini.

Pemandu dan penumpang PERODUA Myvi iaitu Muhammed Ahsan Mohamed Ayub, 32, dan Muhammad Fakhrul Rodzi Fauzi, 31, meninggal dunia di lokasi kejadian ekoran kecederaan parah dialami mereka.

Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kepala Batas, Nazril Syazwan Khalil berkata, pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada  jam 2.41 pagi, memaklumkan terdapat kemalangan membabitkan dua kenderaan.

“Sebaik tiba, didapati sebuah kereta PERODUA Myvi telah terjatuh dari tebing di tepi jalan dan terdapat dua lelaki di dalam kenderaan tersebut.

“Pemeriksaan mendapati kedua-duanya telah meninggal dunia kerana mengalami kecederaan parah di beberapa bahagian badan dan mayat mereka dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk dibedah siasat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Nazril Syazwan berkata, bagaimanapun lelaki berusia 46 tahun yang memandu kereta jenis BMW dan terlibat dalam kemalangan itu, tidak mengalami kecederaan.

Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Supt Siti Nor Salawati Saad berkata, pemandu kereta BMW tersebut dipercayai memandu dalam keadaan mabuk, kerana hasil ujian penafasan menggunakan alat EBA-II mendapati, paras kandungan alkohol melebihi paras yang dibenarkan.

Beliau berkata, lelaki tempatan itu direman dan kemalangan tersebut disiasat di bawah Seksyen 44 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Siasatan awal mendapati kemalangan itu berlaku apabila pemandu kereta BMW dari arah Sungai Lokan menghala Kepala Batas telah hilang kawalan, sebelum bertembung dengan kereta PERODUA Myvi dari arah bertentangan yang dinaiki dua lelaki tersebut,” katanya.

Siti Nor Salawati berkata, akibat pelanggaran tersebut, pemandu dan penumpang kereta PERODUA Myvi yang bekerja sebagai guru itu mengalami kecederaan parah, sebelum meninggal dunia di lokasi kejadian. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 1 bulan yang lalu

Ismail Haniyeh Maut, Serangan Didakwa Dibuat Rejim Zionis

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Guru Langgar Disiplin Perlu Dikecualikan Kenaikan Pangkat Secara 'Time Based' – PM

3

Video & Galeri 3 bulan yang lalu

Tidak Tahu Atau Sengaja?

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Kanak-kanak Maut Dilanggar Bapa Secara Tak Sengaja

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 18 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 17 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 10 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki