web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Jangan Malu Jika Ada Masalah Kesihatan Mental, Dapatkan Sokongan - Ras Adiba

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Sep 2021 3:18PM

Ras Adiba berkata orang ramai juga perlu menghapuskan persepsi sekiranya mereka mendapat bantuan psikologi akan dicap sebagai orang tidak siuman. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Masyarakat tidak sepatutnya malu mendapatkan sokongan sekiranya mengesyaki diri mengalami masalah kesihatan mental, kata Penaung National Alliance of Mental Health (NAMH) Senator Datuk Ras Adiba Radzi.

Beliau berkata orang ramai juga perlu menghapuskan persepsi sekiranya mereka mendapat bantuan psikologi akan ‘dicap’ sebagai orang tidak siuman.

“Tidak semestinya kita tak nampak, ia tidak ada. Adakalanya seseorang memerlukan bantuan dan adakala mereka memberi amaran tetapi kita tidak dapat melihatnya.

“Oleh itu, adalah penting untuk kita semua bersama-sama, saling menjaga antara satu sama lain, memerhati dan menyedari akan petunjuk dan perkara kecil. Kita semua manusia, ada hari yang kita perlukan sokongan dan sedikit galakan,” katanya ketika berucap dalam ‘Hope Symposium 2021’ anjuran Persatuan Kesedaran dan Sokongan Penyakit Mental (MIASA) hari ini.

Bertemakan ‘Thriving in Mental Health with Meaning and Compassion’, simposium yang berlangsung secara maya sejak semalam itu bertujuan meningkatkan kesedaran umum mengenai isu kesihatan mental bersempena Hari Pencegahan Bunuh Diri Sedunia.

Turut menyertai simposium itu Penaung MIASA dan selebriti Che Puan Sarimah Ibrahim, pengasas MIASA Anita Abu Bakar dan penyanyi yang juga pengasas kepada Qalby App Mizz Nina.

Tema Hari Pencegahan Bunuh Diri Sedunia tahun ini adalah ‘Bertindak Segera, Harapan Terbina’ bertujuan meningkatkan keyakinan masyarakat bagi memainkan peranan penting dalam mencegah insiden bunuh diri dan menghapuskan stigma berkaitan tingkah laku bunuh diri.

Terdahulu, Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata hingga Julai tahun ini, sejumlah 638 kes bunuh diri dilaporkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) berbanding 262 kes bagi tempoh sama pada 2020 iaitu peningkatan sebanyak 143 peratus atau 1.4 kali lebih banyak. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

‘Jangan Biarkan Buli Siber Terus Berlaku, Cegah Sebelum Parah!’ - Saraswati

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Panjat Pencawang Elektrik Setinggi 25 Meter: Bomba Selamatkan Lelaki Cuba Bunuh Diri

3

Semasa 4 bulan yang lalu

Tak Jadi Bunuh Diri, Lelaki Berpaut Di Tiang Jambatan

4

Kisah Kita 7 bulan yang lalu

Fikir Bunuh Diri Seawal Usia 11 Tahun, Senario Serius Harus Dicantas Sebelum Bertunas

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia