web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Separuh Kes Maut COVID Di Sarawak Terdiri Daripada Golongan Komorbid Lengkap Divaksin

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Sep 2021 9:45PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MIRI - Lebih separuh kematian akibat COVID-19 dalam kalangan individu sudah lengkap divaksin di Sarawak terdiri daripada mereka yang memiliki masalah komorbiditi.

Penasihat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, Datuk Dr Sim Kui Hian berkata, ia adalah faktor mengapa rawatan lanjut amat penting bagi mencegah komplikasi yang lebih serius.

Menurut beliau, banyak kes kematian di rumah (BID) hanya disahkan positif COVID-19 apabila mayat mereka dibawa ke hospital.

“Sebab itu mereka yang lengkap divaksin yang berasa kurang sihat harus mendapat rawatan perubatan dengan segera,” kata Dr Kui Hian menjawab pertanyaan netizen yang bimbang dengan jumlah kematian yang tinggi.

Diantara simptom COVID-19 adalah deman panas, sakit tekak yang terus, batuk, kesukaran bernafas dan hilang deria bau dan rasa.

Sarawak mencatat 57 kematian sejak tujuh hari lepas dari 1 hingga 7 September.

Sarawak telah memintas Selangor dalam mencatat kes jangkitan harian tertinggi, situasi yang diburukan lagi oleh penularan varian Delta.

Dr Kui Hian berkata yang Sarawak telah mencapai imuniti kawanan, dengan lebih daripada 80 populasi dewasanya sudah lengkap divaksin.

Beliau bagaimanapun mengakui lebih ramai penduduk Sarawak perlu divaksin, terutama yang berumur di bawah 18 tahun. - Getaran, 10 September 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia