web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Jolok Buah Dabai Ketika Hujan, Lelaki Maut Renjatan Elektrik

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Sep 2021 12:03PM

Seorang lelaki maut akibat terkena renjatan elektrik ketika menjolok buah dabai di Jalan Lukut Penyukau, Kanowit, semalam.

oleh

Rosli Amit

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KANOWIT - Seorang lelaki maut selepas terkena renjatan elektrik ketika sedang menjolok buah dabai di kebunnya di Jalan Lukut Penyukau, di sini semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kanowit, Pegawai Penguasa Bomba (PPgB) Arrahman Chik berkata, kejadian sekitar jam 3.50 petang itu meragut nyawa Ting Siew Kiong, 52.

Menurutnya, sepasukan pegawai dan anggota BBP Kanowit digerakkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan berhubung kes itu pada jam 3.59 petang.

"Setibanya di lokasi kejadian, didapati terdapat seorang mangsa tersangkut pada pokok dabai pada ketinggian kira-kira 10 meter dalam keadaan tidak sedarkan diri.

"Menurut saksi, mangsa dikatakan menjolok buah dabai menggunakan sejenis batang aluminium ketika hujan renyai," katanya kepada Getaran hari ini.

Menjelas lanjut, katanya, batang aluminum yang tersentuh pada kabel elektrik berhampiran pokok mencetuskan renjatan sehingga membunuh lelaki berkenaan.

"Hujan renyai menyebabkan pokok licin dan keadaan pokok yang terletak berhampiran dengan kabel elektrik menyukarkan usaha menurunkan mayat mangsa.

"Pihak Bomba terpaksa memohon bantuan daripada pihak Syarikat SESCO Berhad (SESCO) untuk memutuskan bekalan elektrik sebagai langkah keselamatan," katanya.

Arrahman berkata, mayat lelaki itu berjaya dibawa turun menggunakan Hydraulic Sky Lift Crane Cage milik kontraktor SESCO.

"Mangsa bagaimanapun disahkan sudah meninggal dunia oleh Pegawai Perubatan yang berada di tempat kejadian.

"Mayatnya mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,"katanya.

Operasi itu ditamatkan pada jam 6.35 petang. - Getaran, 11 September 2021.

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Pengantin Remaja: Kenal Pasti Kaedah Terbaik Laksana Undang-Undang

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Semakin Ramai Tiada Dokumen Pengenalan Diri Di Sarawak - SCRIPS

3

Semasa 1 bulan yang lalu

SPRM Tahan Pengarah Agensi Penguat Kuasa Disyaki Lindungi Sindiket Seludup Minyak Diesel Subsidi

4

Sukan 1 bulan yang lalu

SUKMA 2024: Sarawak Terus Cemerlang, Dahului Carta Kutipan Pingat

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia