web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


COVID: 2,593 Pelajar Sekolah Di Labuan Mula Divaksin

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Sep 2021 2:05PM

Sebahagian daripada pelajar yang menunggu giliran untuk menerima vaksin COVID-19 di PPV di Dewan Kompleks Darul Kifayah MAIWP Labuan, hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LABUAN - Seramai 2,593 pelajar berusia 16 dan 17 tahun di pulau bebas cukai ini mula menerima vaksin COVID-19 hari ini sebagai persediaan pembukaan semula sekolah pada 3 Oktober ini.

Pengarah Jabatan Kesihatan Labuan, Dr Ismuni Bohari berkata vaksinasi itu akan dilaksanakan di dua pusat pemberian vaksin (PPV) sedia ada iaitu di Kompleks Darul Kifayah dan dewan Kolej Matrikulasi Labuan (KML). 

“Ketika kita menuju pencapaian 100 peratus imuniti kelompok terhadap wabak COVID-19, kita tidak seharusnya membiarkan anak-anak yang masih bersekolah ketinggalan dalam Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).

“Ini juga usaha kami untuk mengurangkan kemungkinan penularan COVID-19 dalam kalangan pelajar dan guru di sekolah apabila ia dibuka semula (secara berperingkat) bulan depan,” katanya kepada Bernama hari ini.

Beliau berkata program vaksinasi itu akan diadakan selama empat hari dengan fasa pertama memberi keutamaan kepada pelajar sekolah sebelum menumpukan kepada remaja yang tidak bersekolah.

Dr Ismuni berkata fasa kedua membabitkan 8,225 pelajar berusia 12 hingga 15 tahun akan bemula minggu hadapan selama dua minggu.

“Kami juga menerima pelajar yang ingin jumpa terus ke PPV yang mungkin terlepas pandang dan tidak tersenarai dalam fasa pertama,” katanya.

Pada 15 Ogos lepas, Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin berkata sekolah akan dibuka semula pada 3 Okt secara berperingkat di bawah Pelan Pemulihan Negara (PPN) bermula dengan pelajar yang perlu menduduki peperiksaan iaitu Tingkatan Lima dan Enam.

Labuan mempunyai 17 sekolah rendah dan 10 sekolah menengah dengan 99 peratus guru telah menerima vaksin lengkap. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia