web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Peralihan Fasa 2 PPN, Putrajaya Antara Tumpuan Ramai

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Sep 2021 2:59PM

Orang ramai ceria beriadah di atas Jambatan Putra, hari ini selepas kebenaran rentas daerah di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya yang beralih kepada Fasa 2 PPN bermula semalam. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Putrajaya kembali meriah dengan kehadiran orang ramai susulan kebenaran rentas daerah di Lembah Klang membabitkan Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya yang beralih ke Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara (PPN) semalam.

Bagaimanapun, orang ramai dilihat tetap mengambil pendekatan berhati-hati dengan melakukan kawalan pergerakan kendiri.

Mohamad Sharifuddin, 35, berkata dia teruja dengan kelonggaran yang diberikan namun mengingatkan diri supaya terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dengan menjaga jarak fizikal dan memakai pelitup muka jika berada di kawasan orang ramai bagi mengelakkan jangkitan COVID-19.

"Walaupun sekarang sudah boleh bebas bergerak dan rentas daerah tetapi orang ramai perlu ingat itu bukan bererti kita menang dalam melawan pandemik ini. Virus masih ada di sekeliling dan kita perlu menerima realiti hidup bersama virus COVID-19. Jadi, yang penting adalah sentiasa beringat untuk patuh SOP," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Mohamad, orang kurang upaya (OKU) berasal dari Kedah, berkata kesukaran bergerak tidak melunturkan semangat untuk bersama anak dan isteri melakukan aktiviti luar pada hari minggu kerana terlalu lama terperuk di rumah sejak Jun lepas, namun masyarakat perlu bijak memilih lokasi.

"Selain itu orang ramai yang beriadah di luar buat sementara waktu ini lakukan aktiviti bersama keluarga dan saudara terdekat bukan dengan rakan-rakan. Bagi yang belum berkeluarga adalah lebih baik menjalankan aktiviti secara solo bagi mengurangkan risiko penularan. Dapat melakukan aktiviti di luar dah cukup syukur jadi orang ramai harus memanfaatkannya," katanya yang tinggal di Shah Alam.

Sependapat dengan Mohamad, Nur Firdaus Abdul Rahim, 38, berkata orang ramai tidak alpa terhadap SOP walaupun kelonggaran diberikan kepada pengunjung kerana negara belum betul-betul bebas dari COVID-19 dan aktiviti sepatutnya dilakukan bersama ahli keluarga berbanding berkumpul untuk tujuan lain.

"Selain itu, pendekatan peniaga di Putrajaya perlu dipuji kerana masing-masing mengekalkan SOP dengan membenarkan dua orang satu meja. Memang lega dapat keluar beriadah bersama keluarga kerana sudah terlalu lama berada di rumah.

“Kelonggaran ini satu nikmat yang besar, jadi orang ramai perlu manfaat dengan sebaiknya," katanya yang menjalankan aktiviti berbasikal bersama kakak, abang ipar dan anak buah.

Tinjauan di beberapa lokasi awam yang menjadi tumpuan meriah dengan aktiviti joging dan berbasikal.

Anggota polis juga dilihat melakukan pemantauan di Taman Saujana Hijau Presint 11 kerana berlaku peningkatan jumlah pengunjung bagi mengingati masyarakat sentiasa mematuhi SOP sama ada untuk aktiviti riadah atau pelancongan domestik. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia