web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


428 Usahawan Pahang Terima Moratorium Pembiayaan Perniagaan Mara

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Sep 2021 7:53AM

Abdul Rahman Mohamad

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - Seramai 428 usahawan di Pahang akan menerima moratorium pembiayaan perniagaan MARA yang melibatkan implikasi kewangan sebanyak RM1.66 juta, kata Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad. 

Selain itu insentif pengecualian sewa dan diskaun sewa 30 peratus pula akan memanfaatkan 473 penyewa, manakala 34 usahawan menerima Skim Pembiayaan Perniagaan Prihatin Mikro (S3P) berjumlah RM1.17 juta, dan RM600,000 pula diperuntukkan kepada 22 usahawan menerusi Skim Pembiayaan Perniagaan Khas Wanita (DanaNITA). 

"Bantuan ini merupakan sebahagian daripada siri bantuan yang telah diumumkan kerajaan melalui Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA) dan Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) yang bertujuan membantu usahawan Bumiputera yang terkesan akibat pandemik COVID-19.

"Skim bantuan yang disampaikan melalui MARA ini diharapkan memberi manfaat kepada mereka dan menjadi pembakar semangat untuk terus menempa kejayaan dalam bidang perniagaan diceburi," katanya menerusi kenyataan di sini. 

Abdul Rahman turut mengumumkan bantuan kepada 18 buah rumah di Kampung Chegar Perah, Lipis yang rosak akibat dibadai ribut semalam, yang akan diluluskan melalui peruntukan Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT). 

Program itu membolehkan peruntukan sebanyak RM53,000 disalurkan bagi tujuan membina baru rumah yang musnah sepenuhnya dan maksimum RM13,000 untuk setiap rumah yang memerlukan kerja baik pulih. 

Kejadian ribut di Kampung Chegar Perak sekitar 5 petang semalam menyebabkan majoriti rumah terlibat mengalami kerosakan pada bahagian bumbung, namun tiada kemalangan jiwa atau kecederaan berlaku. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia