web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Ops Samar KPDNHEP Keluar 163 Kompaun Kutip RM494,000 

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Sep 2021 9:47AM

Azman Adam (kanan) melakukan pemeriksaan dalam Ops Samar yang diadakan di sebuah pasaraya di bandaraya Kuching.

oleh

Rosli Amit

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUCHING - Sejumlah 163 kompaun berjumlah RM494,000 dikeluarkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) bermula 13 Mei tahun lalu hingga 10 September tahun ini.

Pengarah Penguatkuasa KPDNHEP, Azman Adam berkata, tindakan itu diambil ke atas peniaga yang tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di bawah Akta 342 di seluruh negara.

Menurut beliau, ia melibatkan pemeriksaan di 55,068 premis perniagaan di seluruh negara sepanjang tempoh itu.

"Pemantauan dan pemeriksaan di seluruh negara itu dibuat di bawah Akta 342 bagi memastikan peniaga dan pelanggan mematuhi SOP, berikutan pembukaan sektor perdagangan serta pengedaran yang dibenarkan beroperasi, selaras dengan garis panduan Pelan Pemulihan Negara (PPN).

"Kita menggerakkan semua Pegawai Penguatkuasa berjumlah lebih 176 orang di seluruh negara yang berpakaian preman dalam Ops Samar bagi memastikan semua premis berkenaan tidak menjadi penyumbang kepada penularan semula pandemik COVID-19 dalam negara," katanya.

Beliau menyatakan demikian selepas mengetuai Ops Samar di sebuah pasaraya di sini bagi meninjau pematuhan dan penguatkuasaan SOP PKP Akta 342.

Azman berkata, semua kompaun itu dikeluarkan serta-merta setelah terbukti wujud pelanggaran SOP, sebagai mesej kepada peniaga atau pengguna tentang keseriusan dan komitmen KPDNHEP Sarawak dalam melaksanakan Ops Samar.

"Berdasarkan pemerhatian yang dibuat, pematuhan dalam sektor perdagangan dan pengedaran berada pada tahap yang memuaskan di negeri ini. 

"Pembukaan sektor perdagangan dan pengedaran ini merupakan satu usaha bagi tujuan merancakkan dan memulihkan semula ekonomi domestik negara," katanya.

Azman memberi ingatkan, kebenaran beroperasi itu bukan satu kebebasan tanpa kawalan untuk peniaga dan pengguna, tetapi  menuntut tanggungjawab semua pihak, agar pemulihan ekonomi negara dapat mencapai sasaran seiring dengan kesihatan serta kesejahteraan rakyat. - Getaran, 11 September 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia