web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


2 Maut, Kereta Dirempuh Pacuan 4 Roda Lawan Arus

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Sep 2021 11:58AM

2 maut dalam kemalangan yang berlaku di Kilometer 8.5 Lebuhraya Persekutuan, awal pagi tadi. - Gambar ihsan PDRM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Dua maut termasuk seorang remaja perempuan dalam kemalangan di Kilometer 8.5 Lebuhraya Persekutuan, dekat sini setelah kenderaan dipandu bertembung dengan sebuah pacuan empat roda yang melawan arus, 2.09 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Baharudin Mat Taib berkata siasatan awal mendapati, pacuan empat roda jenis Mitsubishi Triton dipandu seorang lelaki berusia 24 tahun, dari arah Kuala Lumpur ke Klang secara melawan arus telah bertembung dengan sebuah Proton Wira.

“Dua mangsa yang maut, remaja perempuan 18 tahun yang merupakan pemandu kereta dan seorang lelaki 19 tahun yang disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baharudin berkata kedua-dua mangsa dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Shah Alam, dekat sini untuk bedah siasat.

Jelasnya, hasil saringan awal ujian air kencing pemandu pacuan empat roda itu positif dadah jenis ganja dan suspek direman selama enam hari bermula hari ini.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menyebabkan kematian kerana memandu dengan melulu atau membahaya,” katanya.

Baharudin berkata saksi atau orang ramai yang mempuyai maklumat, diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam Inspektor Muhammad Hasrul Suhiami, di talian 011-31215697 untuk membantu siasatan.

Dalam pada itu, Pengarah Bomba Selangor Norazam Khamis dalam kenyataan berkata kedua-dua mangsa kemalangan tersebut didapati tersepit ekoran pelanggaran tersebut dan pihaknya mengambil masa kira-kira setengah jam bagi mengeluarkan mereka.

Beliau berkata, operasi menyelamat membabitkan lapan anggota dan pegawai Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Shah Alam diketuai Komander Operasi Kanan Kamarul Zaman Abd Rani. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia